Bicara:
Sup sayur merupakan hidangan yang mudah, sedap dan ringkas serta berkhasiat disediakan. Tidak perlu sibuk-sibuk sangat kat dapur tu... Untuk resepi ini, sayur sawi dan karot digunakan. Antara khasiat sayur sawi ialah
(1). Mengandungi vitamin K membantu pembekuan darah mencegah penyakit serius seperti penyakit jantung & strok dan mengawal kadar gula dalam darah.
(2) Kandungan vitamin A yang tinggi menjaga kornea mata agar sentiasa sihat.
(3) Mempunyai vitamin C berperanan dalam pembentukan kolagen dan penting dalam penyembuhan luka serta daya tahan tubuh melawan infeksi.
(4). Mengandungi Asam Folatmengatasi anemia yang sering terjadi pada ibu hamil.
(5) Kaya dengan serat dan mineral menurunkan kadar kolesterol dan gula darah mencegah diabetes dan kanser kolon.
Di antara khasiat kesihatan daripada lobak ialah :
(1) Lobak sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.
(2) Memperbaiki rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).
(3) Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.
(4). Lobak sangat terkenal dengan sifat anti-kanser..
5. Lobak juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah.
Resepinya:
Bahan tumis:
1 ulas bawang merah (dimayang halus)
4 ulas bawang putih (dimayang halus)
50 gm ikan bilis atau udang atau fishball
(Sekiranya anda suka fishball ikan..boleh sediakan 300 gm ikan tenggiri - diambil isinya dan ditumbuk bersama 2 sudu tepung jagung, sedikit garam dan lada sulah)...dibulatkan dgn menggunakan sudu) dan dimasukkan di dalam rebusan air sebelum masukkan sawi dan karot)
Bahan sayur:
2 batang sawi (dipotong dan asingkan bahagian batang dan daun)
1/2 batang karot - dipotong dalam bentuk yang anda suka
Perasa:
sedikit lada sulah
secubit garam
Kiub ikan bilis jika suka
sedikit minyak untuk menumis
1 mangkuk air (ikut suka anda)
Cara-caranya:-
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau.
Masukkan air dan masukkan ikan bilis atau fishball atau udang.
Rebus dengan api perlahan sehingga mendidih dan semua bahan-bahan yang dimasukkan tadi menimbul dipermukaan air.
Masukkan batang sawi dan karot, masak dalam 8-10 minit kemudian barulah masukkan daun sawi.
Terus masuk ke dalam mangkuk dan hias dengan bawang goreng dan daup sop.
Sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih atau begitu sahaja.
Thursday, 27 December 2012
Friday, 21 December 2012
Sardin Hujung Minggu
Bicara:
Sardin Hujung Minggu
Resepi ini mudah aje dan cepat. Saya lebih suka menggunakan produk PERTIMA atau ADABI.
Produk Pertima yang mementingkan tanda halal itu sudah dikenali masyarakat Islam di serata dunia berikutan pelbagai jenama makanan diagihkan pihak kami ke Afghanistan, Kenya, Lubnan, Palestin, Somalia, Sudan dan Uganda. Sekiranya berminat utuk mengetahui produk lain sila klik di sini
Resepi:
Guna 1 tin besar sardin jenama ADABI atau PERTIMA dan asingkan ikan dan kuahnya. Goreng dahulu ikan dalam sedikt minyak dalam kuali dan keluarkan dalam satu mangkuk. Tumis hirisan bawang besar, halia, beberapa biji cili padi, cili merah (dihiris) dan buah tomato juga yang telah dipotong-potong kecil. Masukkan kuah tadi diikuti dengan ikan yang telah digoreng tadi. Kemudian perah sedikit limau nipis ke dalam kuali tadi. Emmm enak dimakan dengan roti atau nasi panas.

Monday, 3 December 2012
Coklat ooo coklat
Pada bulan Julai tahun 2010, kelab masakan anjuran PUSPANITA telah mengadakan kelas membuat coklat . Seramai 20 orang peserta telah mengambil bahagian. Seronok melihat hasil buatan coklat sendiri. Boleh dijadikan cenderahati atau hantaran perkahwinan.
Wednesday, 28 November 2012
Kursus Bakeri dan Kek
Pada tanggal 28 Jan 2005 sehingga 2 Feb 2005 saya telah menghadiri kursus bakeri dan kek di Maktab Kerjasama Malaysia., Petaling Jaya. Dapatlah melapangkan fikiran dari hal-hal pejabat yang tak pernah sudah-sudah tu. Bersama rakan pejabat yang sama-sama minat masak kami sanggup ambil cuti seminggu tau ...
Dalam kursus bakeri dan kek ini kami diajar kaedah asas untuk menyediakan adunan roti dan daripada adunan itu boleh menghasilkan pelabagi jenis roti bakar seperti pizza, soft bun, mexico bun, mini pizza,, roti pintal dan sausage bun.
Manakala dalam kursus kek pula kami diajar cara membuat kek asas dan cara menghiasi dengan icing.
Catatan: Untuk yang serius membuka perniagaan, disarankan membeli peralatan letrrik seperti oven, pembancuh adunan dan lain-lain daripada negeri Taiwan atau Eropah. Walaupun mahal tapi ia tahan lama dan fius tidak mudah terbakar. (Itu yang disarankan oleh pengajar)
Seronok tau selain dapat ilmu dan kawan baru. Jom tengok foto-foto ini.
Friday, 16 November 2012
Sambal tumbuk ikan bilis
Bicara
Resepi
Segenggam ikan bilis, dibersihkan , dibasuh dan ditoskan.
8 - 10 biji cili padi atau 2 batang cili merah
secubit garam
Tumbuk kasar semua ramuan di atas menggunakan lesung batu. Masukkan dalam mangkuk kecil dan perahkan sedikit limau kasturi ke atasnya.
"Kalau malas nak masak atau tidak ada selera, emmm...apa lagi sambal tumbuk ikan bilislah jawapannya. Sedap dimakan dengan nasi panas dan telur goreng mata kerbau dan kicap manis.Sambal tumbuk ikan bilis ini boleh juga dimakan dengan bubur lambuk....sedap"
"Untuk pengetahuan semua, ikan bilis juga dikenali sebagai "ikan teri"di Indonesia.. Di Malaysia, Indonesia, dan beberapa tempat di Singapura, ikan bilis digunakan untuk membuat pati ikan, sambal, atau digorang minyak banyak serta dihidangkan dengan nasi lemak. Ikan bilis biasanya digunakan dengan cara yang sama dengan udang kering dalam masakan Malaysia. Ikan bilis juga digunakan dalam penghasilan budu, melalui proses penapaian. Di Vietnam, ikan bilis adalah ramuan utama sos ikan- nước mắm- sos kebangsaan tidak rasmi Vietnam."
- petikan dari WikipediaResepi
Segenggam ikan bilis, dibersihkan , dibasuh dan ditoskan.
8 - 10 biji cili padi atau 2 batang cili merah
secubit garam
Tumbuk kasar semua ramuan di atas menggunakan lesung batu. Masukkan dalam mangkuk kecil dan perahkan sedikit limau kasturi ke atasnya.
a'la carte meal
Bicara:
"Kalau pergi restoren atau hotel mesti ada menu a'la carte meal ini atau sajian pilihan. Ia merupakan
senarai makanan bagi hidangan yang membolehkan pelanggan membuat pilihan dan pembayaran dibuat mengikut bilangan makanan yang diminta.
Contoh sajian pilihan seperti nasi lemak, nasi ayam, fish and chips, mushroom soup, mi goreng, nasi goreng pattaya dan sebagainya. Harga mungkin agak mahal sedikit."

Sambal Bali Ikan
Bicara:
"Nama Sambal Bali Ikan tapi bukan berasal dari Indonesia tau. Resepi ini adalah resepi turun temurun di sebelah keluarga ibu mertua....dan menjadi hidangan wajib dimasak dalam keluarga kami. Enak dan mudah disediakan. Selain dari ikan, ayam, sotong atau daging boleh juga digunakan. Ibu mertua kata masakan ini boleh disimpan lama dan sesuai dibawa sebagai bekal jika pergi bercuti di mana-mana. Boleh dimakan dengan nasi atau roti. Selalunya hidangan ini dimakan bersama dengan sup sayur. Jom tengok resepinya."
Resepinya:
Sambal Bali Ikan (Johor)
Bahan-bahannya:
3-4 ekor ikan kembong (sederhana besar) atau ikan selar dibersihkan dan digaul dengan serbuk kunyit dan garam.
Goreng hingga garing dan asingkan.
Kisar 20 - 25 tangkai cili kering (direbus dulu) dan 10 ulas bawang putih hingga lumat.
Panaskan 6 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar tadi.
Masukkan 1 cawan kicap manis dan 1 mangkuk air asam jawa.(Garam tidak perlu)
Apabila kuah sudah mulai pekat, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi.
Nota:
Jika tidak ada ikan, boleh digantikan dengan ayam (goreng terlebih dahulu)
Untuk daging hendaklah direbus hingga empok terlebih dahulu.

Friday, 9 November 2012
No no no to Ajinomoto
"Saya tidak menggunakan langsung perasa Aji-nomoto dalam masakan harian saya, saya akan menggunakan bawang putih, bawang merah, rempah ratus, garam dan lada hitam sahaja."
Terpulang kepada anda untuk menggunakannya dalam masakan anda. Penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan pening kepala, berpeluh berlebihan, "numbness" dan rasa loya dan mual terutama kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma dan diabetes.
Tujuan penggunaan Aji-nomoto ini hanyalah perasa tambahan selain menggunakan garam.
Sekiranya anda dapati "No MSG" pada produk perasa, anda juga mesti memeriksa sekiranya terdapat MSG yang tersembunyi seperti gelatin, "texture protein", yis, gluten jagung dan asid glutamate.
Ayam dalam Sampul
Bicara:
"Resepi kali ini agak pelikkan? Sebab ayamnya dalam sampul. Ok sebenarnya resepi ini mak saya sering memasaknya ketika kami pernah duduk di Georgetown Pulau Pinang dulu. Mak belajar resepi ini dari seorang temannya yang berbangsa Cina ketika mengikuti kelas memasak. Cara memakannya ialah ketika masih panas lagi, buat potongan di tengah sampul itu, dan masukkan sos dan dimakan dengan nasi atau begitu sahaja. Selamat mencuba....."
Resepinya:
Ayam Envelope atau Ayam dalam sampul
Beberapa kepingan dada ayam tanpa tulang dihiris dan digaul dengan garam, lada sulah, dua sudu kecil tepung jagung,kicap manis, minyak dan 1 sudu besar sos tiram.
Potong kertas surih(tracing paper) sebanyak 8-10 helai berukuran 8in X 8in. Lipat seperti envelope dan masukkan kepingan ayam yang diperap tadi, sedikit hirisan cendawan dalam tin dan sedikit kacang pis.

Thursday, 8 November 2012
Makanan untuk Otak
Otak merupakan organ utama yang mengendalikan semua fungsi tubuh Anda.. Oleh karena itu agar tetap sihat maka otak harus diberi makanan yang sihat pula.
Selain daripada sayuran bayam atau makanan yang kaya asam lemak omega 3, terdapat juga makanan lain yang mendorong kemampuan otak sekaligus melindunginya dari berbagai penyakit?
1. Bawang - Didapati terdapat enzim antioksidan seperti catalase dan glutathione peroxidase yang mampu menghalang pembentukan radikal bebas yang merosak pelindung otak jika berlaku serangan strok.
2. Telur
Kolin yang terdapat dalam telur , ayam dan kacang merah besar dapat melindungi otak seiring dengan pertambahan usia orang yang memakannya. Kolin juga dapat membantu kesihatan memori dan otak.
3. Kopi
Menurut penyelidikan dari University of South Florida, AS, kopi berkafein dapat membantu melindungi otak Anda dari penyakit Alzheimer.
4. Anggur
Berdasarkan penyelidikanpada tahun 2011 yang dilaporkan dalam Journal of Alzheimer's Disease, kandungan dalam biji anggur dapat membantu melawan penyakit Alzheimer. Kajian menunjukkann bahwa ekstrak biji anggur merah secara signifikan mampu mengurangi kadar protein .

Soto Ayam Singapura
Bicara:
"Kenapa soto ayam Singapura? Tidak semua orang yang tahu asal usul soto ayam yang sebenar-benarnya. Yang jelas, makanan ini terkenal baik di Indonesia, Singapura atau Malaysia. Soto ini boleh dimakan dengan nasi impit, roti, nasi atau meehoon/mee kuning. Gengnya mestilah sambal kicap dan bergedel daging.Ini adalah resepi yang mudah dan sedap"
Resepinya:
Soto Ayam Singapura :
Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam (dibelah empat), 4 ulas bawang putih,
2 cm halia, 6 ulas bawang merah. Ditumbuk dan campurkan dengan sedikit serbuk kunyit. Tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau dan masukkan kepingan ayam tadi, kacau sekejap dan masukkan bunga lawang,kulit kayu manis,serai, lengkuas dan garam. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.Keluarkan daging ayam tadi dan siat-siatkan dan asingkan manakala tulang ayam tadi dimasukkan semula dalam rebusan. Hidangkan dengan nasi impit, taugeh, bergedel dan sambal kicap.

Wednesday, 7 November 2012
Masak Lomak Cili Padi Orang Nogori Sombilan
Bicara:
"Masakan ni adalah masakan turun temurun keluarga nogori den. Tak kisahlah kalau orang Jelebu ke, ke Kuala Pilah ke, Renbau ke ....wajib tahu resepi ni... Selalu guna ayam , daging atau ikan sebagai bahan utamanya. kalau masak ayam mesti dipadankan dengan ubi kentang, kalau ikan (kembong atau tenggiri) gengnya mesti tomato atau daun asam gelugor (dihiris halus) atau buah mangga muda.Arggh ... dah meleleh air liur ni...jom tenguk resepinya"
Resepinya:
Masak Lomak Cili Api(Ayam)
1 ekor ayam (potong sederhana), dibasuh dan ditoskan hingga kering airnya. 1 biji kelapa parut(Dapatkan 2 cawan pekat santan dan 3 cawan santan cair). Masukkan ayam dalam periuk dan gaul dengan 20-25 biji cili padi yang telah dikisar lumat dengan 3 cm kunyit serta garam. Panaskan di atas api dan gaul ayam tadi sehingga agak kering ayam. Kemudian masukkan 3 cawan santan cair, tiga batang serai dititik, garam secukup rasa dan 2 biji ubi kentang (dibelah 4 setiap satu) ke dalam periuk tadi. Apabila kentang sudah lembut, masukkan santan pekat tadi.Sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul-ketul.

Ini rupanya daun asam gelugor.Ia menggantikan asam keping dalam masakan lomak cili padi.Sesuai masak dengan daging , ikan atau telor asin.
Sambal Udang Hijau
Bicara:
"Udang sedap dimakan kalau digoreng begitu sahaja. Ada pelbagai jenis udang yang boleh dibeli di pasar, antaranya - udang kara, udang kertas, udang harimau, udang putih besar, udang galah, udang bemban, udang geragau dan udang minyak.Untuk resepi kali ini, saya menggunakan udang yang agak sederhana besar iaitu udang putih besar."
Resepinya:
Sambal udang hijau - Mudah aje.
Kopek dan buang kulit 1/2 kllo udang sederhana besar. Bersihkan dan gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Toskan airnya. Bersihkan 20 biji cili padi dan kisar kasar dengan 3 sm kunyit dan satu biji bawang besar. Panaskan 4 sudu besar minyak dan tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau ...dan naik minyak. Masukkan terus udang tadi dan terus gaul sehingga udang masak dengan sempurna.Tambah sedikit air jika perlu supaya tidak kering. Terus hidang dan sedap dimakan dengan nasi panas.....

Sayur sentiasa segar
Untuk mengelakkan sayur layu walaupun disimpan dalam peti ais, basahkan beberapa helai suratkhabar dan bungkus sayur seperti bayam atau sawi serta simpan dalam peti sejuk seperti biasa.
Bergedel oh bergedel
"Mula-mula buat bergedel(guna resepi lain dalam buku) ni tak menjadi sebab bila goreng , pecah dan berderai dalam minyak.Akhirnya saya dapat resepi ini apabila berkunjung ke rumah teman sepejabat kira-kira 10 tahun yang lepas.(Terima kasih Puan Alijah!!!)"
Resepi:
Bergedel Daging (Enak dimakan dengan soto atau begitu sahaja)
1/2 kilo daging dipotong empat, dibersihkan dan direbus sehingga empok. 4 biji kentang sederhana besar direbus hingga lembut, ditoskan, buang kulit dan dilenyek hingga hancur dengan garpu.Daging tadi dihancurkan halus dengan menggunakan blender tanpa air. Gaul kentang dan daging yg dikisar tadi dengan sedikit, garam, 2 sudu besar bawang goreng, daun sop yang dihiris halus dan lada hitam . Bentukkan bulat dan leper.Celup dalam putih telor dan goreng kedua-dua belah bergedel dalam minyak yang sedikit. Tak perlu goreng terlalu lama. Hidangkan dngan sos atau dimasukkan dalam soto. Selamat mencuba!
Catatan: Jika suka, masukkan sekeping atau dua keping roti yang diramas dengan sedikit air dulu ke dalam adunan daging tadi supaya mudah dibentuk.
Catatan: Jika suka, masukkan sekeping atau dua keping roti yang diramas dengan sedikit air dulu ke dalam adunan daging tadi supaya mudah dibentuk.
Kenangan: Kelas Sains Rumah Tangga
Dulu masa belajar dari Tingkatan Satu hingga Tiga, ada ambil subjek Sains Rumah Tangga (Home Science) sekarang dikenali dengan ERT (Ekonomi Rumah Tangga) . Teringat kisah lucu apabila ada kawan menggoreng ikan sambil pegang tudung periuk kat muka sebab takut kena percikan minyak panas. Lepas tu ada kawan-kawan dari kelas perdagangan akan tunggu kat luar dapur untuk merasa masakan yang kami dah buat.
Sambal Goreng Ikan Bilis
Bicara:
"Sambal Goreng Ikan Bilis ini senang disediakan dalam waktu "kecemasan" sekiranya lambat sampai dari pejabat. Cepat dan ringkas tapi enak rasanya. Makan dengan nasi panas atau dengan roti sahaja."

200 gm ikan bilis, dicuci bersih dan ditoskan. Cili kering sebanyak 7 - 10 tangkai direbus dan ditoskan. Kisar kasar cili kering tadi dengan sebiji bawang besar (sederhan besar) atau 5 biji bawang kecil dengan 1 cawan air.Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.1 cawan kacang tanah digoreng dan diketepikan Kurangkan minyak tadi sebanyak 1 senduk dalam kuali dan tumis cili kisar tadi . Pastikan api tidak terlalu besar dan tumis sehingga terbit minyak. Masukkan sekeping asam keping dan jangan letak garam. Apabila agak kering, tutup api dan terus masukkan ikan bilis tadi dan kacang tadi. Boleh dihidangkan terus untuk makan. Untuk tahan lama boleh disimpan dalam botol kaca dan diambil dengan menggunakan sudu.
Tuesday, 6 November 2012
Petua jemput-jemput lembut
Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.
Bahan-bahnnya:
7 keeping roti putih dikoyak-koyak ke beberapa kepingan kecil.
4 sudu besar tepung jagung
2/3 cawan air
2 biji telor sederhana besar
garam dan serbuk sulah
sedikit hirisan daun bawang
minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara
1. Masukkan roti tadi ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan dengan air. Biarkan sebentar.
2. Hancurkan semua roti dengan garpu sehingga sebati.
3. Tambah telor dan gaulkan sekali dengan tepung jgung, garam dan lada sulah.
4. Kalau adunan terlalu kering tambahkan satu sudu kecil air dan jika adunan terlalu berair tambah 1 sudu kecil tepung jagung pada satu masa.
5. Tambah daun bawng.
6. Panaskan minyak dan masukkan satu sudu dan goreng ehingga keemasan.
7. Hidangkan dengan sos cili kegemaran anda.
Resepi penuh sila klik kat sini http://quickneasytreats.blogspot.com/2005/04/jemput-jemput-roti.html

Nasi Lemak Tidak basi
Bagi mengelakkan nasi lemak daripada cepat basi, gunakan air masak ketika memerah kelapa yang telah dikukur. Setelah itu, jerangkan nasi pada api yang sederhana dan masa hingga sempurna. Hasilnya nasi lemak tidak cepat basi dan tahan sepanjang hari.
Berbuka puasa dengan bubur lambuk
Bicara:
"Bulan Ramadhan sudah tiga bulan berlalu, namun masih teringat suasana kami sekeluarga berbuka puasa dengan bubuk lambuk - resepi kegemaran kami sekeluarga, mudah dan cepat disediakan."
Resepinya:
2 cawan beras (dibasuh) dan dimasak dengan air yang agak banyak dengan dua ulas bawang merah(dihiris) dan seulas bawang putih (dihiris). Masukkan juga halia (dihiris) dengan sedikit garam, Apabila sudah menjadi bubur, masukkan 1/2 cawan santan pekat. Dikacau dan tutupkan api. Hidangkan dengan gorengan ikan bilis, bawang goreng dan serunding. Emmm... memang sedap!
Hari Raya dengan Rendang daging Cili Padi
"Juadah utama untuk Hari Raya Aidil-fitri atau Hari Raya Korban selalunya ialah masak rendang daging cili padi dan dimakan dengan nasi impit atau lemang. Sehari sebelum raya, kami akan masak rendang ini sebab masa yang diambil untuk memasak rendang ini agak lama , lebih kurang 4 - 5 jam (kalau masak 4 - 5 kilo).Rendang ini boleh disimpan dalam peti ais."
Resepinya:
1 kilo Daging
20 - 30 cili padi
3 cm kunyit hidup
1 kilo santan
2 batang serai (diketuk)
20 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
asam keping
daun kunyit
halia (diketuk)
lengkuas (diketuk)
Potong daging sederhana besar , bersihkan dan masukkan dalam kuali. Masukkan santan, serai, cili padi (dikisar halus dengan kunyit), lengkuas, halia dan daun kunyit. Dikacau selalu sehingga agak kering dan masukkan sedikit garam, Apabila naik minyak baru tutup api.
Subscribe to:
Posts (Atom)