Thursday 27 December 2012

Sup Sayur Sedap (SSS)

Bicara:
Sup sayur merupakan hidangan yang mudah, sedap  dan ringkas serta berkhasiat disediakan. Tidak perlu sibuk-sibuk sangat kat dapur tu... Untuk resepi ini, sayur sawi dan karot digunakan. Antara khasiat sayur sawi ialah
 (1). Mengandungi vitamin K membantu pembekuan darah mencegah penyakit serius seperti penyakit jantung & strok  dan mengawal kadar gula dalam darah.
(2) Kandungan vitamin A yang tinggi menjaga kornea mata agar sentiasa sihat.
(3) Mempunyai vitamin C berperanan dalam pembentukan kolagen dan penting dalam penyembuhan luka serta daya tahan tubuh melawan infeksi.
(4). Mengandungi Asam Folatmengatasi anemia yang sering terjadi pada ibu hamil.
(5) Kaya dengan serat dan mineral menurunkan kadar kolesterol dan gula darah mencegah diabetes dan kanser kolon.

Di antara khasiat kesihatan daripada lobak ialah :
(1) Lobak sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.
(2) Memperbaiki  rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).
(3) Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.
(4). Lobak sangat terkenal dengan sifat anti-kanser..
5. Lobak juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah.

Resepinya:

Bahan tumis:
1 ulas bawang merah (dimayang halus)
4 ulas bawang putih (dimayang halus)
50 gm ikan bilis  atau udang atau fishball
(Sekiranya anda suka fishball ikan..boleh sediakan 300 gm ikan tenggiri - diambil isinya dan ditumbuk bersama 2 sudu tepung jagung, sedikit garam dan lada sulah)...dibulatkan dgn menggunakan sudu)  dan dimasukkan di dalam rebusan air sebelum masukkan sawi dan karot)

Bahan sayur:
2 batang sawi (dipotong dan asingkan bahagian batang dan daun)
1/2 batang karot - dipotong dalam bentuk yang anda suka

Perasa:
sedikit lada sulah
secubit garam
Kiub ikan bilis jika suka
sedikit minyak untuk menumis
1 mangkuk air (ikut suka anda)

Cara-caranya:-
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau.
Masukkan air dan masukkan ikan bilis atau fishball atau udang.

Rebus dengan api perlahan sehingga mendidih dan semua bahan-bahan yang dimasukkan tadi menimbul dipermukaan air.
Masukkan batang sawi dan karot, masak dalam 8-10 minit kemudian barulah masukkan daun sawi.
Terus masuk ke dalam mangkuk dan hias dengan bawang goreng dan daup sop.

Sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih atau begitu sahaja.

Friday 21 December 2012

Sardin Hujung Minggu

Bicara:
Sardin Hujung Minggu
Resepi ini mudah aje dan cepat. Saya lebih suka menggunakan produk PERTIMA atau ADABI.
Produk Pertima yang mementingkan tanda halal itu sudah dikenali masyarakat Islam di serata dunia berikutan pelbagai jenama makanan diagihkan pihak kami ke Afghanistan, Kenya, Lubnan, Palestin, Somalia, Sudan dan Uganda. Sekiranya berminat utuk mengetahui produk lain sila klik di sini




Resepi:
Guna 1 tin besar sardin jenama ADABI atau PERTIMA dan asingkan ikan dan kuahnya. Goreng dahulu ikan dalam sedikt minyak dalam kuali dan keluarkan dalam satu mangkuk. Tumis hirisan bawang besar, halia, beberapa biji cili padi, cili merah (dihiris) dan buah tomato juga yang telah dipotong-potong kecil. Masukkan kuah tadi diikuti dengan ikan yang telah digoreng tadi. Kemudian perah sedikit limau nipis ke dalam kuali tadi. Emmm enak dimakan dengan roti atau nasi panas.

Monday 3 December 2012

Coklat ooo coklat


Pada bulan Julai  tahun 2010, kelab masakan anjuran PUSPANITA telah mengadakan kelas membuat coklat . Seramai 20 orang peserta telah mengambil bahagian. Seronok melihat hasil buatan coklat sendiri. Boleh dijadikan cenderahati atau hantaran perkahwinan.