Wednesday, 7 November 2012

Sambal Goreng Ikan Bilis

Bicara:

"Sambal Goreng Ikan Bilis ini senang disediakan dalam waktu "kecemasan" sekiranya lambat sampai dari pejabat. Cepat dan ringkas tapi enak rasanya. Makan dengan nasi panas atau dengan roti sahaja."
 
Resepinya:
200 gm ikan bilis, dicuci bersih dan ditoskan. Cili kering sebanyak 7 - 10 tangkai direbus dan ditoskan. Kisar kasar cili kering tadi dengan sebiji bawang besar (sederhan besar) atau 5 biji bawang kecil dengan 1 cawan air.Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.1 cawan kacang tanah digoreng dan diketepikan Kurangkan minyak tadi sebanyak 1 senduk dalam kuali dan tumis cili kisar tadi . Pastikan api tidak terlalu besar dan tumis sehingga terbit minyak. Masukkan sekeping asam keping dan jangan letak garam. Apabila agak kering, tutup api dan terus masukkan ikan bilis tadi dan kacang tadi. Boleh dihidangkan terus untuk makan. Untuk tahan lama boleh disimpan dalam botol kaca dan diambil dengan menggunakan sudu.
 
Photo: Sambal Goreng Ikan Bilis

No comments:

Post a Comment