"Mula-mula buat bergedel(guna resepi lain dalam buku) ni tak menjadi sebab bila goreng , pecah dan berderai dalam minyak.Akhirnya saya dapat resepi ini apabila berkunjung ke rumah teman sepejabat kira-kira 10 tahun yang lepas.(Terima kasih Puan Alijah!!!)"
Resepi:
Bergedel Daging (Enak dimakan dengan soto atau begitu sahaja)
1/2 kilo daging dipotong empat, dibersihkan dan direbus sehingga empok. 4 biji kentang sederhana besar direbus hingga lembut, ditoskan, buang kulit dan dilenyek hingga hancur dengan garpu.Daging tadi dihancurkan halus dengan menggunakan blender tanpa air. Gaul kentang dan daging yg dikisar tadi dengan sedikit, garam, 2 sudu besar bawang goreng, daun sop yang dihiris halus dan lada hitam . Bentukkan bulat dan leper.Celup dalam putih telor dan goreng kedua-dua belah bergedel dalam minyak yang sedikit. Tak perlu goreng terlalu lama. Hidangkan dngan sos atau dimasukkan dalam soto. Selamat mencuba!
Catatan: Jika suka, masukkan sekeping atau dua keping roti yang diramas dengan sedikit air dulu ke dalam adunan daging tadi supaya mudah dibentuk.
Catatan: Jika suka, masukkan sekeping atau dua keping roti yang diramas dengan sedikit air dulu ke dalam adunan daging tadi supaya mudah dibentuk.
suka makan begedil ni...nanti nak try r
ReplyDelete