Monday 22 September 2014

Goreng daging pekasam...terlampau sedap

Bicara resepi:

Bila sebut aje pekasam... sudah rasa kecur..sedapnya. Terdapat beberapa jenis pekasam yang diperbuat daripada ikan, daging dan juga ayam. Proses membuat pekasam ini agak mengambil masa yang lama tapi hasilnya memang sedap

Baru-baru ini saya ada mencuba memasak pekasam daging. Memang sedap dan sedap dimakan dengan nasi panas.



Resepinya:

Satu bungkus atau dua bungkus daging pekasam (dipotong kecil dulu)
Satu biji ubi kentang dihiris bulat-bulat  , digoreng dan ketepikan.
Satu biji  - 2 biji bawang besar dihiris.
6-7 biji cili padi diketuk atau dihiris
halia dihiris


Dalam kuali, panaskan satu senduk minyak masak, masukkan daging pekasam , goreng sebentar dan masukkan bawang, cili padi dan halia. Selepas itu baru masukkan ubi kentang yang telah siap digoreng tadi. gaul dan terus hidangkan dengan nasi panas.

Catatan: Pekasam daging kini boleh didapati pada harga Rm 8.00.sepeket...sila hubungi saya untuk pesanan di 017 6464067.




No comments:

Post a Comment