"Sempena dah nak raya ni apa kata kita cuba resepi keluarga Scha Alyahya...Hidangan wajib setiap kali raya kata Scha...ok resepi ni sumber dari majalah RASA-Jun 2006...bukan je Scha yang pernah share resepi ni kat majalah..pakcik Scha, Syed Sobrie n Makcik Scha, Azie pun pernah share resepi ni...kira macam resepi keluarga la" (Terima kasih Puan Hasniza kerana berkongsi resepi ini)
Ni resepinya ye
(Sumber: Resipi keluarga Scha Alyahya - RASA Julai 2006)
Bahan Roti
1/2 kilo tepung gandum
3 biji telur
sedikit garam
air secukupnya
sedikit marjerin
Cara membuatnya:
1. Campurkan bancuhan tepung dengan air, telur dan garam, kisar hingga sebati.
2. Sapukan sedikit marjerin dalam kuali leper dan isikan adunan tadi.
3. Lenggangkan isi adunan dan biar berbentuk seperti lempeng.
4. Setelah masak, angkat dan gulungkan.
5. Gunting dulu sebelum dihidangkan bersama kuah.
Bahan kuah
250gm daging cincang
250ml santan
75gm serbuk rempah daging
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
4cm halia
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
200gm tomato puri
garam dan gula secukupnya
Cara membuatnya:
1. Tumbuk lumat bawang dan halia.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga harum.
3. Masukkan serbuk kari yang dibancuh sedikit air dan santan bersama, kacau hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan daging, tomato puri, garam dan gula secukup rasa.
5. Biarkan hingga masak
No comments:
Post a Comment