Bicara:
Emm...Alhamdulillah ada stok daging kurban untuk minggu ini. Apa nak masak ye. Tetapi tidaklah memasak berhari-hari daging ni ye. Kena selang-seli dengan ikan dan ayam. Maklum sajelah daging ini tinggi kolesterolnya.
Tips selepas makan sebarang masakan daging , hendaklah minum air yang banyak, ambil sayur dalam kuantiti yang banyak dan diikuti dengan buah-buahan.
Resepi daging goreng kunyit ini saya dapat dari seorang kawan. Dia dapat resepi ini dari seorang tukang masak ketika memasak sempena majlis korban di pejabat baru-baru ini.
Resepinya:
1 kg daging lembu dipotong kecil.
6 sudu besar sos ikan
1/2 botol sos tiram
1 sudu besar serbuk kunyit
1 batang karot dipotong memanjang
5 batang kacang panjang dipotong kecil
2 labu bawang besar
4 sudu besar minyak untuk menumis
Caranya:
1. Rebus dahulu daging hingga kering air dan empok.
2. Perap daging dengan sos ikan dan sos tiram selama 1/2 jam. Jangan letak garam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging tadi selama 10 minit.
4. Masukkan karot. dan kacang panjang.
5. Masuk bawang besar.
6. Goreng sehingga sayur masak dan terus dihidangkan.
No comments:
Post a Comment