Monday 13 June 2016

Jom sarapan...roti paratha bakar sardin cecah kari !!

Bicara:

Assalamualaikum semua. Untuk bulan Ramadan ini, apa kata kita sediakan roti paratha bakar sardine.
Resepi yang mudah dan senang untuk disediakan. Bahannya pun mudah didapati . Biasanya saya hanya menggunakan paratha dingin beku yang dibeli daripada pasar raya seperti JAYA JUSCO atau JAYA GROCER. Boleh simpan di dalam peti ais dan boeh digunakan pada bila-bila masa.

Saya sediakan paratha ini untuk juadah bersahur. Enak dan sedap.


Resepinya:

1 bungkus roti paratha
1 tin ikan tuna pedas (ikut cita rasa anda)
Sila bakar dalam ketuhar atau oven menggunakan 150 - 180 darjah Fahrenheit  selama 15 minit.

Tambahan: Sediakan kuah kari daging atau ayam.terlebih dahulu


Caranya: (Sila lihat gambar)