Friday 9 November 2012

Ayam dalam Sampul

Bicara:
"Resepi kali ini agak pelikkan? Sebab ayamnya dalam sampul. Ok sebenarnya resepi ini mak saya sering memasaknya ketika kami pernah duduk di Georgetown Pulau Pinang dulu. Mak belajar resepi ini dari seorang temannya yang berbangsa Cina ketika mengikuti kelas memasak. Cara memakannya ialah ketika masih panas lagi, buat potongan di tengah sampul itu, dan masukkan sos dan dimakan dengan nasi atau begitu sahaja. Selamat mencuba....."
 
Resepinya:
Ayam Envelope atau Ayam dalam sampul

Beberapa kepingan dada ayam tanpa tulang dihiris dan digaul dengan garam, lada sulah, dua sudu kecil tepung jagung,kicap manis, minyak dan 1 sudu besar sos tiram.
Potong kertas surih(tracing paper) sebanyak 8-10 helai berukuran 8in X 8in. Lipat seperti envelope dan masukkan kepingan ayam yang diperap tadi, sedikit hirisan cendawan dalam tin dan sedikit kacang pis.
Photo: Ayam Envelope 

Stapler keliling envelope tadi. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng envelope tadi. Toskan minyak. Hidangkan dengan sos cili kegemaran anda.
 Stapler keliling envelope tadi. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng envelope tadi. Toskan minyak sehingga kering. Hidangkan dengan sos cili kegemaran anda.

No comments:

Post a Comment