Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.
Bahan-bahnnya:
7 keeping roti putih dikoyak-koyak ke beberapa kepingan kecil.
4 sudu besar tepung jagung
2/3 cawan air
2 biji telor sederhana besar
garam dan serbuk sulah
sedikit hirisan daun bawang
minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara
1. Masukkan roti tadi ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan dengan air. Biarkan sebentar.
2. Hancurkan semua roti dengan garpu sehingga sebati.
3. Tambah telor dan gaulkan sekali dengan tepung jgung, garam dan lada sulah.
4. Kalau adunan terlalu kering tambahkan satu sudu kecil air dan jika adunan terlalu berair tambah 1 sudu kecil tepung jagung pada satu masa.
5. Tambah daun bawng.
6. Panaskan minyak dan masukkan satu sudu dan goreng ehingga keemasan.
7. Hidangkan dengan sos cili kegemaran anda.
Resepi penuh sila klik kat sini http://quickneasytreats.blogspot.com/2005/04/jemput-jemput-roti.html
No comments:
Post a Comment