Wednesday, 7 November 2012

Sambal Udang Hijau


Bicara:
"Udang sedap dimakan kalau digoreng begitu sahaja. Ada pelbagai jenis udang yang boleh dibeli di pasar, antaranya - udang kara, udang kertas, udang harimau, udang putih besar, udang galah, udang bemban, udang geragau dan udang minyak.Untuk resepi kali ini, saya menggunakan udang yang agak sederhana besar iaitu udang putih besar."

Resepinya:
 
Sambal udang hijau - Mudah aje.

Kopek dan buang kulit 1/2 kllo udang sederhana besar. Bersihkan dan gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Toskan airnya. Bersihkan 20 biji cili padi dan kisar kasar dengan 3 sm kunyit dan satu biji bawang besar. Panaskan 4 sudu besar minyak dan tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau ...dan naik minyak. Masukkan terus udang tadi dan terus gaul sehingga udang masak dengan sempurna.Tambah sedikit air jika perlu supaya tidak kering. Terus hidang dan sedap dimakan dengan nasi panas.....

No comments:

Post a Comment