Thursday, 31 October 2013

Mee Hailam Kota Tinggi

Bicara:
 
Ok untuk resepi terakhir untuk penghujung bulan Oktober ini apa kata kita cuba masakan mee. Resepi mee ini saya dapat daripada isteri anak saudara saya yang bernama Dila di Putrajaya. Kata Dila resepi mee ini adalah dari koleksi ibunya di Kota Tinggi , Johor Bahru. Mudah aje disediakn.
 
 
Resepinya:
 
1 kilo daging
Mee kuning (basuh dahulu dan toskan)
sedikit halia (dihiris halus)
2 sup bunjut
2 biji bawang besar (potong empat)
 
1 ikat daun sawi (cuci dan asingkan batang dan daunnya)
Karot (dipotong biasa)
4 keping fishcake atau bebola ikan (ikut suka) atau udang
 sedikit tepung jagung
Sos cili/sos tomato
 sedikit kicap manis (ikut suka)
lada hitam
 
Caranya:
Rebus daging dengan halia, bawang besar dan sup bunjut. . Rebus sampai empuk. Asingkan dahulu.
 
Apabila hendak makan,

1) Ambil air rebusan bersama sedikit daging dan masukkan dalam kuali
2) Masukkan sedikit sos dan  serbuk lada hitam ..
3) Masukkan fishcake dan udang jika suka
 3) Kemudian masukkan batang sawi dan akhir sekali masukkan mee & sayur sawi.
4) Bancuh tepung jagung sikit dgn air, masukkan sikit2 ikut kepekatan yg anda suka.
5)  Masukkanlah garam.
6) Boleh dihidangkan panas-panas.
 

Friday, 18 October 2013

Daging Goreng Kunyit Qurban

Bicara:

Emm...Alhamdulillah ada stok daging kurban untuk minggu ini. Apa nak masak ye. Tetapi tidaklah memasak berhari-hari daging ni ye. Kena selang-seli dengan ikan dan ayam. Maklum sajelah daging ini tinggi kolesterolnya.

Tips selepas makan sebarang masakan daging , hendaklah minum air yang banyak, ambil sayur dalam kuantiti yang banyak dan diikuti dengan buah-buahan.

Resepi daging goreng kunyit ini saya dapat dari seorang kawan. Dia dapat resepi ini dari seorang tukang masak ketika memasak sempena majlis korban di pejabat baru-baru ini.



Resepinya:

1 kg daging lembu dipotong kecil.
6 sudu besar sos ikan
1/2 botol sos tiram
1 sudu besar serbuk kunyit

1 batang karot dipotong memanjang
5 batang kacang panjang dipotong kecil
2 labu bawang besar

4 sudu besar  minyak untuk menumis


Caranya:

1. Rebus dahulu daging hingga kering air dan empok.
2. Perap daging dengan sos ikan dan sos tiram selama 1/2 jam. Jangan letak garam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging tadi selama 10 minit.
4. Masukkan karot. dan kacang panjang.
5. Masuk bawang besar.
6. Goreng sehingga sayur masak dan terus dihidangkan.

Tuesday, 1 October 2013

Roti Kerca

Bicara Resepi:

"Sempena dah nak raya ni apa kata kita cuba resepi keluarga Scha Alyahya...Hidangan wajib setiap kali raya kata Scha...ok resepi ni sumber dari majalah RASA-Jun 2006...bukan je Scha yang pernah share resepi ni kat majalah..pakcik Scha, Syed Sobrie n Makcik Scha, Azie pun pernah share resepi ni...kira macam resepi keluarga la"  (Terima kasih Puan Hasniza kerana berkongsi resepi ini)


Ni resepinya ye

(Sumber: Resipi keluarga Scha Alyahya - RASA Julai 2006)

Bahan Roti

1/2 kilo tepung gandum
3 biji telur
sedikit garam
air secukupnya
sedikit marjerin

Cara membuatnya:

1. Campurkan bancuhan tepung dengan air, telur dan garam, kisar hingga sebati.
2. Sapukan sedikit marjerin dalam kuali leper dan isikan adunan tadi.
3. Lenggangkan isi adunan dan biar berbentuk seperti lempeng.
4. Setelah masak, angkat dan gulungkan.
5. Gunting dulu sebelum dihidangkan bersama kuah.

Bahan kuah

250gm daging cincang
250ml santan
75gm serbuk rempah daging
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
4cm halia
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
200gm tomato puri
garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:

1. Tumbuk lumat bawang dan halia.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga harum.
3. Masukkan serbuk kari yang dibancuh sedikit air dan santan bersama, kacau hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan daging, tomato puri, garam dan gula secukup rasa.
5. Biarkan hingga masak

 


Tuesday, 24 September 2013

Sambal Udang Teksi Putrajaya

  
Bicara Resepi:
"Ha ha ... saya dapat resepi ini dari seorang pemandu teksi semasa dalam perjalanan pulang dar Putrajaya ke Kuala Lumpur. Rupa-rupanya pemandu teksi ini suka memasak dan topik memasak menjadi perbualan kami sepanjang dalam perjalanan...

Untuk mendapatkan sambal yang sedap mesti ikut kaedah masakan sambal yang betul ini, kata pemandu teksi yang baik hati itu. Jom tengok resepi ini...
"

Resepinya:

1/2 kilo udang sederhana besar (dibersihkan dan ditos)
1 labu bawang besar (dimayang halus)
15 - 20 cili kering (dipotong dan direbus terlebih dahulu dan dikisar halus)
garam secukup rasa
gula 7 sudu teh

Di dalam kuali, panaskan dua senduk minyak masak Masukkan bawang dan goreng seketika, kemudian masukkan  cili kering yang telah dikisar tadi dan sedikit air. Masukkan gula dan tumis sehingga naik minyak. Masukkan udang tadi, kacau sehingga udang masak dan akhir sekali garam. Terus hidangkan untuk dimakan dengan nasi panas.


Monday, 26 August 2013

Meatball Mama Jah

Bicara :
Sebut aje meatball, memang kesukaan saya. Sedap dimakan bersama dengan spagetti, roti atau begitu sahaja. Kalau pergi ke Secret Recipe , mesti suka order meatball with spagetti ni.
Seorang mantan staf sepejabat telah sudi berkongsi resipi ini. Terima kasih Kak Alijah. Baru-baru ini sempena "open house" hari raya , saya telah menyediakan hidangan meatball ini.....emmmm licin!


















Resepinya:
  1. 1 kg daging dikisar
  2. 2 sudu serbuk jintan manis
  3. 1 sudu serbuk jintan putih
  4. Telor 1 biji **
  5. 2 ulas bawang putih  dihiris
  6. 1 botol cili sos Kimball
  7. ½ botol tomato sos Kimball
  8. Mix vege
** Masukan telor sekiranya daging tidak boleh dikepal
    
Cara Masak :
  • Daging dikepal bulat-bulat dan digoreng hingga nampak gelap, jangan terlalu lama nanti keras.
  • Tumis bawang putih
  • Masukan sos cili dan sos tomato
  • Masukan mix vege
  • Masukan Meatball
  • Masukkan secukup garam dan gula
  • Sedia dihidang untuk makan dengan spagetti atau roti.

Monday, 22 July 2013

Puding Koktel Azizah

Bicara:
 
Resepi ini saya peroleh dari adik ipar saya di Johor Bahru. Puding koktel ini disediakan semasa majlis pertunangan anak saudara pada tahun lepas. Anak-anak amat menggemari puding ini dan mereka yang beriya-iya  meminta saya untuk menyediakan puding ini.
 
 
Resepinya:
 
Bahan-bahan untuk kastard:

1 kotak serbuk agar-agar Nona 
lebih kurang 1 mug tepung kastard + air untuk melarutkan
1 camca esen vanilla
Gula ikut sesedap rasa

Cara buat kastard:
1. Masak agar-agar serbuk Nona ikut cara di kotak
2. Apabila mendidih, masukkan pula gula dan vanilla
3.Setelah gula larut, masukkan pula tepung kastard yang telah dibancuh dgn air tadi.
* Masa masukkan kastard , kena sentiasa kacau adunan itu sehingga pekat, berkilat dan menggelembung (macam meletup-letup).
4. Dah tu padam api dan cepat-cepat tuang dalam bekas sama ada dalam loyang ataupun  dalam bekas agar-agar yang kecil-kecil tu(ikut suka)
* Jangan lupa layang atau pun pun bekas yang digunakan perlu dibasahkan dulu supaya senang nak keluarkan.

Bahan-bahan untuk kuahnya:

1 tin fruit coctail- disejukkan dalam peti sejuk
2 tin susu cair- disejukkan 
lebih kurang 1/2 tin susu pekat
2 camca esen vanilla
2 mug air sejuk

Cara buat kuah:
1. Sediakan 1 bekas besar.
2. Tuangkan susu cair + air + esen vanilla + susu pekat - kacau rata dan rasa manisnya .Kalau kurang manis tambah susu pekat lagi.
3. Kemudian masukkan coctail 
4.Akhir sekali masukkan kastard tadi dalam kuah puding - sejukkan dan makan
 
 
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa......

Friday, 12 July 2013

Sambal Rojak

Bicara:

Apa kata untuk menu berbuka puasa ini , kita cuba sediakan sambal rojak. Biasanya  , sambal rojak  ini biasanya dimakan dengan tahu goreng, timun, nenas, buah papaya dan taugeh celur ikut suka. Ianya mudah disediakan dan tidak perlu dimasak.

Resepinya:

Bahan-bahannya:
1 kg kacang Tanah
lada kering- ikut suka
1 botol kicap manis cap kipas udang
1 kg gula pasir
air masak untuk kisar lada

1. Kacang digoreng/disangai kemudian dikisar separuh halus dan separuh kasar.
2. Masukan ke dalam bekas yang besar.
3. Lada kerng dikisar dengan air masak dan dicampurkan ke dalam bekas kacang.
4. Masukkan gula pasir ke dalam bahan 1 dan 2 tadi- kacau lagi.
5.Campurkan kicap dan kacau. Kalau nampak sambal terlalu pekat, tambahkan air panas dan kacau rata. Cuba rasa kalau agak kurang manis, tambahkan kicap lagi.
6. Sambal rojak sudah boleh dihidangkan bersama tahu goreng, hirisan timun, nenas dan taugeh.



 

Tuesday, 9 July 2013

Kalori oh kalori

Bicara : (Sumber maklumat dari Herbalife)
Emm. Kali ini saya hendak berkongsi maklumat tentang kalori.Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga Adakah badan perlukan kalori?  Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.
Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
 Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

 Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
 Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
 Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
 Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
 Karbohidrat-53g (53g X 4 = 212 Kalori)
 Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
 Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
 Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 280 kalori!
Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
 Lelaki: 2000-2500 kalori
 Wanita: 1600-2000 kalori
Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
 Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.
Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
 Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
 Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
 Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
 Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
 Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
 Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.
Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
 Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?

 Kategori: Kuih Muih
 1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
 2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
 3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
 4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
 5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
 6. Popia basah (satu) = 95 kalori
 7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
 8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
 9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
 10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
 11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

 Kategori: Lauk Pauk
 1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
 2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
 3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
 4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
 5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
 6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
 7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
 8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
 9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
 10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
 11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
 12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
 13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

 Kategori: Makanan Rutin
 1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
 2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
 3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
 4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
 5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
 6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
 7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
 8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
 9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
 10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
 11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
 12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
 13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
 14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

 Kategori: Makanan Segera
 1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
 2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
 3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
 4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
 5. Burger keju (satu) = 425 kalori
 6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
 7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
 8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

 Kategori: Buah-buahan
 1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
 2. Betik (sepotong) = 45 kalori
 3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
 4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
 5. Limau (sebiji) = 42 kalori
 6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
 7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
 8. Epal (sebiji) = 63 kalori
 9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
 10. Mangga (sebiji) = 103 kalori
Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

Monday, 1 July 2013

Sambal Ikan Bilis

Bicara Resepi
:
Sambal Ikan Bilis merupakan masakan yang mudah disediakan. Biasanya sambal ikan bilis ini sedap dimakan bersama nasi lemak , lontong atau dengan roti sahaja. Bahannya mudah didapati dan murah.
Apabila memasak sambal ini, api hendaklah perlahan untuk mendapat kuah sambal yang sedap.
 
Petua: Untuk rasa yang lebih pedas, gunakan cili kering yang bersaiz kecil.
 
 
Resepinya:
1 mangkuk ikan bilis (dibersihkan dan direndam dan tos)
15 - 20  tangkai cili kering (buang bijinya, direbus dan dikisar bersama 2 ulas bawang kecil)
1 biji bawang besar
1 asam keping
1 senduk  minyak masak
sedikit air

Cara:
1.Masukkan satu senduk minyak ke dalam kuali.
2. Apabila panas, masukkan cili yang telah dikisar tadi.
3.Kacau sekejap dan masukkan pula ikan bilis tadi dan asam keping
4. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sehingga naik minyak.(Api hendaklah perlahan)
5. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat dan dikacau lagi.
6. Tutup api dan boleh terus dihidang bersama roti atau nasi lemak.
 
 
 

Tuesday, 30 April 2013

Sup Ikan Merah Sedap

Resipi asal oleh : Chef Joha Hassan

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan merah dibelah ikut citarasa
1/2 inch halia di hiris
1/2 batang cili merah & hijau hiris
2 ulas bawang putih di hiris
1/2 labu bawang besar di hiris atau potong dadu kecil
1  biji ubi kentang di potong dadu kecil2
1/2 batang lobak merah dipotong dadu atau dihiris bulat
Daun sup/sadri
2 sudu besar bawang merah goreng
Secubit lada putih
1 kuib ikan bilis atau ayam
Air secukup untuk kuah nya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

4-5 biji cili api- diketuk/dibelah 2
1/4 batang seleri-dipotong serong
Cara2nya:
Panaskan minyak di periok, masukkan bawang2, cili dan halia, goreng seketika . 
Bila kelihatan lembut, tuangkan air secukup untuk kuah nya.Letakan kuib ikan bilis, garam secukup rasa. Masukan lobak merah dan ubi kentang yang di potong dadu2, masak hingga ia mula mendidih. 
Letakan daun sup/sadri dan ikan merah yang sudah dibersih dan di potong ikut citarasa. 
Sajikan panas2 bersama kicap, cili hiris perahan jus limau kasturi dan nasi putih

Tuesday, 9 April 2013

Jangan ambil terlalu banyak garam...



 Anda telah diberitahu untuk mengelakkan garam kerana ia mengandungi natrium. Memakan terlalu banyak natrium boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi, yang merupakan satu faktor risiko penyakit kardiovaskular, dan ia boleh membawa kepada pengekalan cecair dan kembung. Mengurangkan jumlah sodium dalam diet anda boleh membantu untuk memastikan tekanan darah anda pada tahap yang sihat.
 

 
Satu sudu teh garam mempunyai kira-kira 2,300 miligram natrium. Hanya satu suku sudu teh mempunyai miligram 580 dan sedikit garam sekitar 150 miligram.
Manakala garam merupakan sumber utama natrium, banyak makanan yang diproses yang terlalu tinggi dalam natrium. Makanan dalam tin, makanan, beku sembuh daging dan banyak makanan lain yang diproses mengandungi jumlah sodium yang keterlaluan.

Menurut garis panduan pemakanan bagi rakyat Amerika, 2010, terdapat golongan-golongan  orang harus boleh mengehadkan pengambilan natrium mereka untuk kurang daripada 1,500 miligram (mg) sehari:
 

 
  • pengidap kencing manis
  • tekanan darah tinggi
  • penyakit buah pinggang
  • berusia lebih 50 tahun
  
Tetapi garam datang daripada garam galian, adalah bersih dan sering mempunyai iodin--satu campuran yang menjangkiti penyakit kekurangan iodin yang lebih biasa di awal abad ke-20. Garam laut bertapis diperbuat daripada air lautan dan mengandungi sejumlah harga mineral tambahan yang menambah rasa (dan kadang-kadang warna) kepada garam ini. Sesetengah orang mendakwa bahawa garam bertapis laut adalah baik untuk kesihatan anda.

Antara garam laut yang boleh didapati di supermarket: Celtic Sea Salt
 
 

Kari 'Meat Ball" dengan Ubi kentang

 

Bicararesepi:
"Sejarah ringkas kari: perkataan 'kari' datang dari perkataan 'Kari' dalam Bahasa Tamil di India.. Walaupun ia kelihatan dan kedengaran seperti hanya satu rempah, kari adalah sebenarnya campuran pelbagai rempah Timur/Asia, termasuk ketumbar, jintan putih, kunyit dan  halia..Kari sangat baik untuk anda. Kunyit, jintan putih dan ketumbar - tiga ramuan utama bagi kebanyakan kari - dikenali sebagai ejen-ejen anti-radang dan Pembersih semulajadi yang menguatkan dan menyahtoksin badan kita. Antara masakan kari yang biasa dimasak ialah  resepi kari daging, kari ayam, kari udang, kari telor dan kari sardin.
Ia biasanya dimakan bersama nasi dan juga roti yang biasanya rata seperti roti atau naan. Untuk kali ini saya menggunakan "meat ball" menggantikan daging kerana ianya lembut dan tidak perlu direbus terlalu lama."
 
 
Resepinya:
Bahan tumis:
1. Tiga ulas bawang merah - dihiris halus
2. Dua ulas bawang putih dihiris
3. Sedikit halia - dihiris halus
4. 1 - 2 paket rempah kari ADABI atau rempah kari jenama lain
5. 1 biji bawang besar - dikisar halus
6. 2 biji bunga lawang, 2 biji buah pelaga dan 1 batang kulit kayu manis
 
Bahan utama:
1. 1 paket "meat ball" bebola daging keluaran AZMY atau jenama lain
2.  4 biji ubi kentang dibelah enam setiap satu
3. sedikit daun kari
4. sedikit garam (garam laut jika ada)
5. Daun ketumbar untuk hiasan
6. Minyak jagung untuk menumis
7. 2 mangkuk santan dari 1/2 biji kelapa
 
Caranya:
1. Goreng semua meat ball  terlebih dahulu dan asingkan ke dalam pinggan lain.
2. Panaskan empat  sudu besar minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan rempah ratus sehingga naik bau. Masukkan kari yang dibancuh dengan bawang besar yang telah dikisar tadi.
2. Kemudian masukkan ubi kentang dan sedikit air.
3. Apabila ubi kemtang sudah mula empok, masukkan santan, garam dan akhir sekali masukkan meat ball yang sudah digoreng tadi.
4. Apabila kuah sudah pekat, boleh tutup api.Taburkan daun ketumbar
5. Boleh dihidangkan dengan nasi panas atau roti perancis.
 
 

Monday, 25 March 2013

Nasi Daging Utara


Bicara Resepi:

Nasi daging adalah merupakan makanan tradisional dari utara Malaysia. (Kedah dan Perlis). Kalau kawan balik kampong di Kedah,mesti tak lepas peluang minta belikan rempah nasi daging cap bola ni. Selalunya simpan stok lebih sikit sebab kalau ada tetamu datang rumah, mesti suka hidangkan masakan ini sebab mudah dan cepat.Dan ia amat sedap..!! Hidangkan dengan air asam tomato dan acar timun. (Kalau tidak ada rempah ni, jangan risau, rempah kurma pun boleh juga digunakan)
Resepinya:
Penyediaan kuah daging:
Rebus 500 gm daging lembu bersama-sama dengan 1 inci halia, 1 sudu teh lada putih, 1/2 sudu buah pelaga, 1 batang kulit kayu manis dan 2 biji bunga lawan serta 3 ulas bawang putih dihiris halus.Rebus sehingga daging menjadi lembut.setelah sejuk, hiris daging secara memanjang dan ketepikan untuk hiasan nasi daging nanti.


Penyediaan nasinya:
500 gm beras basmati,
2 camca besar ghee (minyak sapi)  atau butter
1/2 bawang besar dipotong halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
2 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1/2 paket rempah daging cap bola (boleh guna 1 sudu besar rempah kurma ADABI)
1.25 ml air daging tadi
2 camca teh garam
1/2 paket tomato puree yg ada dalam rempah cap bola (atau 2 camca besar tomato puree dari mana-mana jenama)


Cara Masak:

1. Basuh beras dan toskan airnya
2. Panaskan periuk besar dan masukkan ghee atau butter, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
3.Masukkan rempah daging cap bola atau rempah kurma, masukkan beras dan tomato puree.
3.Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk nasi dan masukkan air rebusan daging tadi.
4.Setelah nasi masak , kacau dengan garpu dan biarkan seketika selama 1 jam sebelum dihidangkan.
5. Hidang nasi dengan meletakkan beberapa hirisan daging tadi dan hiaslah dengan daun parsli.
6. Hidangkan bersama-sama dengan air asam tomato.



Penyediaan air asam tomato:
1 biji bawang besar (dihiris)
1 camca teh cili padi (dihiris halus)
3 camca besar air perahan limau nipis
1/2 camca teh garam
1 camca besar sos ikan
1- 2 sudu camca besar cuka
1 camca teh halia (dihiris)
2 cawan tomato dipotong dadu
daun parsli untuk hiasan
1. Gaulkan kesemua bawang,air jus limau nipis, garam, gula , cili padi dan sos ikan selama 1 jam,
2. Masukkan tomato tadi, cukupkan rasa dan boleh dihidangkan dengan nasi daging tadi.


Catatan:
Sekiranya tidak ada beras basmati, guna beras biasa pun boleh. Semasa menumis rempah dan bawang , masukkan beras beras yg telah dibasuh dan goreng hingga kering air...baru masukkan air daging tadi. dan masak seperti biasa.












Tuesday, 19 February 2013

Spaghetti Segera

 Untuk resepi kali ini, tak perlu beli prego atau sos spagheti jenama lain. Boleh buat sendiri.

Bahan-bahan :

Spaghetti
... 5- 6 biji tomato
1/2 daripada 1 tube daging kisar
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
5 sudu besar cili giling
3 bungkus VONO Mushroom Cheese Instant Soup
Daun bawang

Cara-caranya:
Spaghetti dicelur dengan sedikit minyak. Setelah lembut, tos airnya dan letakkan dalam mangkuk.
Untuk buat tomato puree, semua buah tomato dibasuh dan dipotong dadu. Masak dalam periuk dengan sedikit air sehingga
menjadi lembut dan berpuree.

Untuk buat sos, tumis bawang dan cili giling, masukkan daging kisar dan kacau hingga masak, masukkan tomato puree tadi, mushroom instant soup dan sedikit garam. Masak hingga pekat. Boleh dihidangkan bersama spaghetti tadi.
Like · ·

Selamatkah Sayuran Yang Anda Makan?

 Tahukah anda? Anda terdedah dengan bahaya racun serangga atau kulat dan tanpa di sedari anda telah memakan sayur-sayuran yang mengandungi racun serangga dan kulat hampir setiap hari jika tidak diurus dengan betul sayuran yang anda beli.
Kita tidak mengetahui adakah petani mengikut peraturan pada label untuk meracun serangga atau kulat pada tanaman mereka. Semb...uran racun kulat atau serangga perlu dihentikan 14hari sebelum hasil dituai. Pada kebiasaanya, sayuran yang kurang disembur racun serangga adalah kurang cantik.
Bagaimana untuk mengelakkan anda memakan sayuran yang mengandungi racun serangga atau kulat? Semuanya terletak pada tangan anda sendiri semasa membeli sayuran dipasar dan cara menguruskan sayuran sebelum memasak.


Lumrah manusia memang mahukan sesuatu yang cantik, baik dan murah. Jika membeli sayur, ramai yang saya perhatikan memilih sayur yang cantik dan murah. Padahal mereka tidak mengetahui sayuran yang dibeli mengandungi racun serangga dan kulat yang tinggi dan boleh membahayakan kesihatan.
Kesan memakan sayuran yang mengadungi racun serangga dan kulat bukan anda terima dalam sehari terus sakit. Ia memakan masa bertahun-tahun sehinggalah seseorang boleh menghidap kanser, sakit jantung dan pelbagai jenis penyakit lain.
Jika memikirkan perkara ini memang merisaukan kerana sayuran adalah makanan kita setiap hari. Oleh itu, kita perlulah mengambil langkah pencegahan awal dari membeli sayur di pasar supaya kita sekeluarga terhindar dari bahaya racun serangga dan kulat.
Di sini saya ada sediakan sedikit teknik untuk memilih sayuran di pasar dan teknik membasuh sayuran yang hendak di masak.

Teknik Memilih Sayuran Yang Kurang Racun Serangga Atau Kulat
1) Jika membeli sayur jenis daun (sawi, kangkung, bayam dan sebagainya), pilihlah sayur yang daunnya berlubang atau dimakan serangga belalang kerana ia mepunyai kadar racun serangga yang rendah.
2) Bagi sayur jenis buah pula (timun,petola,terung dan sebagainya), pilih buah yang kurang cantik iaitu sedikit bengkok atau tiada salutan debu pada sayuran tersebut. Salutan debu tersebut merupakan sejenis racun kulat.
3) Sayuran jenis kekacang seperti kacang panjang atau buncis, anda pilih kacang yang mempunyai lubang yang ditebuk serangga atau ulat. Beli kacang yang kurang cantik iaitu kurang tegak adalah lebih baik kerana ia kurang racun serangga.


 Awas! Jangan makan terus sayuran yang dibeli, pastikan anda membasuhnya bersih-bersih terlebih dahulu.

Teknik Membersih Sayuran Sebelum Memasak
1) Rendamkan dahulu sayur anda ke dalam bekas berisi air beberapa minit sebelum dipotong kecil supaya lapisan racun kulat dan serangga tanggal.
2) Kemudian, basuh sayur dengan air paip yang mengalir sehingga bersih.
3) Gosok sayur jenis buah supaya salutan racun serangga dan kulat tanggal
4) Sayur boleh dipotong mengikut cita rasa anda.
5) Basuh lagi sekali sayur anda setelah dipotong kecil dengan air yang mengalir dan bolehlah dimasak.

Semoga sedikit info ini dapat memberi kesedaran kepada anda tentang bahaya racun serangga dan kulat yang terdapat pada sayuran yang anda beli. Selepas ini anda bolehlah memilih sayur dengan berhati-hati semasa membeli sayuran di pasar untuk menjamin kesihatan keluarga anda.

Asam Pedas Orang Johor

Bicara:
PERBEZAAN DAN PERSAMAAN EMPAT JENIS ASAM DALAM MASAKANTerdapat empat jenis asam yang digunakan dalam masakan yang mempunyai fungsi yang sama dan berbeza dalam setiap masakan. Ramuan yang dimaksudkan ialah air limau, cuka, asam gelugur dan asam jawa. Fungsi keempat-empat ramuan ini ialah sebagai ejen pemasam dalam masakan. Namun, keempat-empat ramuan ini mempunyai fungsi yang sama hanya dalam beberapa masakan dan berperanan secara tersendiri bagi sesetengah masakan.



Contohnya, kalau kita masak asam pedas ataupun asam rebus, rasa masam kuah tidak boleh datang daripada campuran cuka dan air limau. Mahu tidak mahu ia mesti datang daripada air asam jawa ataupun asam gelugur. Kalau kita nak masak acar, rasa masamnya itu mesti datang daripada cuka dan bukannya limau, asam jawa dan asam gelugur. Kalau kita nak masak tomyam pula, masamnya mesti datang dari air limau, dan bukannya daripada ketiga-tiga asam yang lain. Jelas disini, semuanya mempunyai peranan masing-masing dalam masakan.



Bagaimanapun, peranan dan fungsi pemasam itu boleh digunakan dalam beberapa resipi dan boleh dijadikan sebagai ramuan alternatif. Contohnya sambal kicap. Kalau tak ada limau nipis, limau kasturi ataupun lemon, gunakan cuka ataupun asam jawa pun boleh. Betul tak? Ingin saya bagi contoh-contoh lain bagaimana keempat-empat ramuan ini boleh dijadikan bahan alternative antara satu sama lain dalam beberapa masakan, tetapi jarang sangat dipraktikkan. Antaranya, kalau kita masak sambal cili merah ataupun cili padi, selain menggunakan asam gelugur dan jawa, kita boleh gunakan asam limau ataupun cuka. Ia lebih enak dan tahan lama. Lagi satu, sambal kita tak bertukar warna jika menggunakan ramuan tersebut. Begitu juga jika kita nak masak kari, perahkan limau dan santan. Tak perlu lagi bubuh air asam jawa. Selalunya kalau di luar negeri, rakyat Malaysia yang sukar mendapatkan asam jawa, air perahan lemon digunakan.



Sumber dipetik,
Majalah Resipi
Mei 2006




Resepinya:



Bahan-bahannya:
3 - 4 keping ikan tenggiri atau 3 ekor ikan selar/kembong
(direndam dengan air asam jawa dan garam)

20 -25 cili kering
 (dipotong-potong kecil, direbus sekejap ,dibersihkan secara meramas supaya semua kotoran hilang dan biji dibuang)
3 biji bawang besar
3 - 4 biji bawang putih
1 cm kunyit hidup atau 1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 cm belacan
sedikit garam
3 tangkai daun kesum
6 biji bendir
4 potong sayur asin (jika suka)
2 keping asam gelugor
1 sudu the halba (jika suka)


Caranya:


1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, belacan dan kunyit hidup sehingga hancur.
2. Panaskan satu senduk besar minyak dan masukkan halba dan tumis bahan kisar tadi hingga garing dan naik minyak
3. Masukkan  dua mangkuk air,daun kesum dan asam gelugor dan rebus sebentar baru masukkan ikan
4. Apabila hampir pekat masukkan sayur bendir dan sayur asin(jika ada) dan garam secukup rasa.
5. Jika tiada sayur asin gantikan dengan sebiji tomato dibelah empat.
6. Enak dimakan dengan ayam goreng kunyit, ulam-ulaman   dan nasi panas.

Selamat mencuba!!



 


Like · ·

Monday, 4 February 2013

Cucur Sayur



Bicara resepi:
Ada yang panggil cucur goreng. Ada yang gelarkan cekodok atau jemput-jemput.
Ada yang suka letak ikan bilis/udang atau letakkan sayur sahaja. Ikut selera masing masing.
Apa kata hujung minggu ini , kita buat cucur sayur yang enak dan senang disediakan.

Resepinya:
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
* seikat daun kucai dikerat kecil
  lobak merah dihiris halus(ambil separuh batang}
* 100 g taugeh (jika suka)
satu biji ubi kentang dipotong dadu
1 biji bawang besar. (Dihiris dan digoreng terlebih dahulu sehingga kekuningan dan ketepikan)
* Secubit bikarbonat soda
* Garam secukup rasa
* Secawan air panas dan air sejuk secukupnya.






.Masukkan 2 sudu kecil garam ke dalam secawan air panas kacau sedikit supaya larut. Masukkan kedalam lebih kurang 1 litre air sejuk.

. Dalam sebuah mangkuk, masukkan tepung gandum , tepung jagung dan air tadi. Kacau sehingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair. Masukkan bikarbonat soda kacau rata.
. Akhir sekali masukkan sayur kucai , ubi kentang, lobak merah ,taugeh dan bawang besar yang telah digoreng tadi,  kacau lagi sehingga sebati.

Panaskan minyak dlm kuali. Sendukkan adunan dengan sudu dan goreng sehingga masak.Enak dimakan dengan cili sos.