Monday 22 July 2013

Puding Koktel Azizah

Bicara:
 
Resepi ini saya peroleh dari adik ipar saya di Johor Bahru. Puding koktel ini disediakan semasa majlis pertunangan anak saudara pada tahun lepas. Anak-anak amat menggemari puding ini dan mereka yang beriya-iya  meminta saya untuk menyediakan puding ini.
 
 
Resepinya:
 
Bahan-bahan untuk kastard:

1 kotak serbuk agar-agar Nona 
lebih kurang 1 mug tepung kastard + air untuk melarutkan
1 camca esen vanilla
Gula ikut sesedap rasa

Cara buat kastard:
1. Masak agar-agar serbuk Nona ikut cara di kotak
2. Apabila mendidih, masukkan pula gula dan vanilla
3.Setelah gula larut, masukkan pula tepung kastard yang telah dibancuh dgn air tadi.
* Masa masukkan kastard , kena sentiasa kacau adunan itu sehingga pekat, berkilat dan menggelembung (macam meletup-letup).
4. Dah tu padam api dan cepat-cepat tuang dalam bekas sama ada dalam loyang ataupun  dalam bekas agar-agar yang kecil-kecil tu(ikut suka)
* Jangan lupa layang atau pun pun bekas yang digunakan perlu dibasahkan dulu supaya senang nak keluarkan.

Bahan-bahan untuk kuahnya:

1 tin fruit coctail- disejukkan dalam peti sejuk
2 tin susu cair- disejukkan 
lebih kurang 1/2 tin susu pekat
2 camca esen vanilla
2 mug air sejuk

Cara buat kuah:
1. Sediakan 1 bekas besar.
2. Tuangkan susu cair + air + esen vanilla + susu pekat - kacau rata dan rasa manisnya .Kalau kurang manis tambah susu pekat lagi.
3. Kemudian masukkan coctail 
4.Akhir sekali masukkan kastard tadi dalam kuah puding - sejukkan dan makan
 
 
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa......

No comments:

Post a Comment