Bicararesepi:
"Sejarah ringkas kari: perkataan 'kari' datang dari perkataan 'Kari' dalam Bahasa Tamil di India.. Walaupun ia kelihatan dan kedengaran seperti hanya satu rempah, kari adalah sebenarnya campuran pelbagai rempah Timur/Asia, termasuk ketumbar, jintan putih, kunyit dan halia..Kari sangat baik untuk anda. Kunyit, jintan putih dan ketumbar - tiga ramuan utama bagi kebanyakan kari - dikenali sebagai ejen-ejen anti-radang dan Pembersih semulajadi yang menguatkan dan menyahtoksin badan kita. Antara masakan kari yang biasa dimasak ialah resepi kari daging, kari ayam, kari udang, kari telor dan kari sardin.
Ia biasanya dimakan bersama nasi dan juga roti yang biasanya rata seperti roti atau naan. Untuk kali ini saya menggunakan "meat ball" menggantikan daging kerana ianya lembut dan tidak perlu direbus terlalu lama."
Resepinya:
Bahan tumis:
1. Tiga ulas bawang merah - dihiris halus
2. Dua ulas bawang putih dihiris
3. Sedikit halia - dihiris halus
4. 1 - 2 paket rempah kari ADABI atau rempah kari jenama lain
5. 1 biji bawang besar - dikisar halus
6. 2 biji bunga lawang, 2 biji buah pelaga dan 1 batang kulit kayu manis
Bahan utama:
1. 1 paket "meat ball" bebola daging keluaran AZMY atau jenama lain
2. 4 biji ubi kentang dibelah enam setiap satu
3. sedikit daun kari
4. sedikit garam (garam laut jika ada)
5. Daun ketumbar untuk hiasan
6. Minyak jagung untuk menumis
7. 2 mangkuk santan dari 1/2 biji kelapa
Caranya:
1. Goreng semua meat ball terlebih dahulu dan asingkan ke dalam pinggan lain.
2. Panaskan empat sudu besar minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan rempah ratus sehingga naik bau. Masukkan kari yang dibancuh dengan bawang besar yang telah dikisar tadi.
2. Kemudian masukkan ubi kentang dan sedikit air.
3. Apabila ubi kemtang sudah mula empok, masukkan santan, garam dan akhir sekali masukkan meat ball yang sudah digoreng tadi.
4. Apabila kuah sudah pekat, boleh tutup api.Taburkan daun ketumbar
5. Boleh dihidangkan dengan nasi panas atau roti perancis.
No comments:
Post a Comment