Wednesday 21 October 2015

Resepi Lama ~ Ikan Purnama

Bicara:


"Awak tahu memasak tak?" Terkejut saya dibuatnya apabila ditanya oleh mak saudara sebelah suami saya apabila kami berkunjung ke rumah beliau selepas dua minggu berkahwin.


Makcik Zubaidah atau nama panggilan biasanya  "Mak Ngah Zubaidah" seterusnya menunjukkan beberapa sijil masakan  yang diterima beliau semasa berkursus di Singapura yang digantung rapi pada dinding rumah beliau. Saya hanya mampu tersenyum...he he.


Sejak daripada hari itu, saya akan selalu dibekalkan dengan satu dua resepi koleksi beliau seperti masakan kek dan lauk-pauk. Walaupun anak-anak sudah besar, beliau masih tidak lokek memberi panduan dan resepi koleksi peribadi.




Resepi Koleksi Mak Ngah Zubaidah,



Ikan PURNAMA


2 ekor ikan merah/cermin/kurau/tenggiri - hendaklah digaul dgn dgn kunyit dan garam dan digoreng
2 biji bawang besar
1/2 cawan santan
sedikit bawang  goreng sebagai hiasan
3 - 4 biji tomato
garam secukup rasa


Bahan untuk dikisar:
40 biji bawang merah
15 ulas bawang putih
18 biji lada merah
3 sudu serbuk kunyit
6 sudu makan ketumbar
2 sudu teh jintan putih





Caranya:
1. Goreng bawang terlebih dahulu
2. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi
3. Masukkan tomato
4. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan ikan.
5. Masak hingga pekat kuahnya.


Hias dengan daun salad, tomato, bawang besar dan bawang goreng.



















No comments:

Post a Comment