Tuesday, 27 October 2015

Kisah Bubur Asyura Antara Adat dan Syariat

Bicara Resepi:




Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURAA'. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.

Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :
"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".
Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.
Syeikh Ibn Hajar Al Asqolani bersyair dengan katanya

في يوم عاشوراء سبع تهرس بر أرز ثم ماش عدس
وحمص ولوبيا والفول هذا هو الصحيح والمنقول

Maksudnya : Pada Hari Ayuraa' terdapat tujuh yang dimakan iaitu Gandum (tepung) Beras, kemudian Kacang Mash (kacang kuda) dan Kacang Adas (kacang dal).
Dan Kacang Himmash (kacang putih) dan Kacang Lubia ( sejenis kacang panjang) dan kacang Ful. Inilah kata-kata yang sohih dan manqul (yang diambil dari kata-kata ulamak).

Daripada apa yang dibahaskan di atas, maka dilihat bahawa sejarah BUBUR ASYURAA' ini diambil daripada peristiwa arahan dan perintah Nabi Nuh as kepada umatnya ketika dahulu.
Oleh itu, Adakah salah bagi kita mengambil apa yang dilaksanakan oleh umat terdahulu dan apa yang diarahkan oleh Nabi Nuh as kepada umatnya untuk kita pula laksanakannya?
Perkara ini bukanlah termasuk dalam hukum hakam yang ada nasakhnya dalam Syariat Islam. Ianya hanya kisah dan peristiwa yang perlu diambil iktibar dan dihayati oleh umat manusia dan seterusnya beriman dan menghampirkan diri kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa.
Andai ia arahan tadi merupakan suatu perintah, maka kita mengatakan ia merupakan Ash Syar'uu Man Qablana iaitu perkara syariat yang berlaku pada zaman dan umat terdahulu yang tidak dinasakhkan untuk menjadikan iktibar dan panduan hidup berterusan umat akan datang.
Maka BUBUR ASYURAA' merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai Ash Syar'uu Man Qablana yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita dan ia tidaklah di anggap sebagai suatu BIDAAH.
Tanggapan sebahagian orang yang mengatakan perkara ini BIDAAH dan adat semata-mata adalah tidak benar. Adat juga boleh menjadi Ibadah andai perkara seperti memasak BUBUR ASYURAA' ini kita jadikan sebagai amalan untuk mengingati dan menghayati peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Nuh as. Kerana kelalaian dan lupa dengan tuntutan beragama, dan di sebabkan menuruti kehendak nafsu yang rakus, maka Allah tenggelamkan mereka sehingga tiada suatu pun yang tinggal dan disimpan untuk dimakan melainkan sedikit sahaja.
Maka tidak salah kita adakan Majlis Memasak BUBUR ASYURAA' dengan penghayatan tersebut dan bertujuan untuk memberi makan kepada keluarga, faqir miskin yang sangat memerlukan dan menjamu orang yang berbuka puasa dan sebagainya. Ia akan dihitung sebagai Ibadah yang mulia disisi Allah swt insyaallah.

p/s : Makan bubur makan juga!!! Tapi penghayatan itu lebih penting. Menggabungkan kedua-dua niat itu alangkah lagi bagus. "Masak dengan niat menjamu dan sedekah + Menghayati peristiwa dan Kisah Nabi Nuh as".
Copy paste dari blog Ustaz Hafiz..
Resepi :
Bahan-bahan:
•2 cawan beras
•2-3 senduk santan atau 1 cawan
•1 labu bawang besar*
•4 ulas bawang putih*
•1 inci* bahan * dikisar
•2 cawan / lebih daging lembu kisar atau ayam
•1 sk serbuk lada putih
•1 sudu kecil / lebih serbuk lada hitam
• kekacang (kacang tanah, kacang kuda dll – direndam semalaman)
•sedikit daun sup 
•Kentang n carrot secukupnya – dipotong dadu
• Garam+gula secukup rasa
•Bawang goreng
•4 sb rempah soto atau (rempah sup + serbuk rempah kurma )
•1 pkt sup bunjut
• Rempah 4 sekawan
•Air secukupnya

Bahan hiris :
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 labu bawang besar

 Cara :
• Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan,
 dan masukkan bahan hiris, tumis seketika baru masukkan bahan kisar dan tumis hingga sedikit garing dan naik bau.
•bancuh perencah soto / sup dengan ½ cawan air, masukkan dlm tumisan tadi.....tumis seketika
•masukkan daging atau ayam, masukkan lada hitam/putih n sup bunjut dan sedikit air dulu.,...kacau seketika masukkan beras, air secukupnya, garam dan serbuk pati ayam jika suka......biar ia mendidih
• setelah beras hampir kembang, baru masukkan kentang+carrot dan kekacang tadi.
• slps kentang, carrot n kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.
• letak garam secukup rasa
• bila dah masak, tabur bawang goreng dan daun sup


Boleh dihidangkan dan jangan lupa beri sedikit pada jiran-jiran dan kawan-kawan.!!

Friday, 23 October 2015

Rendang Nogori Sembilan

Bicara resepi:
Masakan nogori sembilan memang terkenal sejak dari dahulu lagi. Antara masakan yang paling popular ialah masak rondangnyo...
Di dalam penyediaan rendang ini, terdapat bahan yang boleh dibuat rendang seperti daging ( biasanya disalai dulu), ayam, kerang dan juga pucuk ubi dan maman.
Rendang biasanya dimasak hingga kering dan tidak berkuah dan berderai.Rendang yang dimasak cara betul boleh disimpan lama seperti rendang daging kerbau di Rembau, Negeri Sembilan.

Resepinya
1 kg daging lembu
1 sudu besar jintan manis  digiling
10 -15 tangkai cili kering
10 - 15 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam digiling
1 inci halia
2 biji kelapa diambil santannya
3 sudu kersik
2 keping asam Melaka


Caranya:
Daging dipotong dan dibasuh bersih dan tos airnya
Masukkan bahan giling tadi dengan daging dlm kuali dipanaskan hingga daging jadi kecut.
Masukkan santan cair dan masak hingga terbit minyak.
Masukkan pati santan bersama garam dan asam keping hingga kering dan masukkan kerisik.
Boleh dimakan dengan nasi panas atau makan bersama roti



Thursday, 22 October 2015

Resepi Lama: Sambal Gelewa

Bahan-bahannya:


 1 kilo daging kambing atau udang atau sotong
 2  helai daun limau purut
15 biji bawang merah
3 helai daun salam
3 biji ubi kentang
sedikit garam





Bahan kisar:
10 batang cili kering
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 keping lengkuas
hali sebesar ibu jari
1 batang serai dititik





Caranya:
Rebus daging dengan daun salam, serai dan garam.
Toskan air daging
Pijarkan minyak, masukkan bahan kisar tadi dan goreng sehingga kering.
Masukkan daging rebus tadi dan masukkan air rebusan daging tadi.
Masukkan ubi kentang dan sedikit air.
Cukupkan rasa dan masak hingga pekat.


Selamat mencuba.


.

Resepi Lama: Rendang Ayam Palembang

Bahan-bahannya:


1 ekor ayam dibelah empat
sedikit asam jawa
2 cawan air sejuk
.


Bahan untuk dikisar:


1 sudu makan ketumbar
5 biji buah keras
1 potong kunyit
1 batang serai
6 biji bawang merah
6 biji cili merah
1 potong lengkuas
.
.
Cara-caranya:
1. Satukan semua bahan di atas dan dimasak hingga empok.
2. Asingkan ayam dan kuahnya.
3. Celup semua kepingan ayam ke dalam kuahnya dan digoreng hingga garing.
4. Apabila hidang, masukkan semula lebihan kuah tadi.



Wednesday, 21 October 2015

Resepi Lama - Nasi Turki dan Ayam Masak Tomato

Bahan-bahannya:

 2 kati beras basmathi
1/2 kati minyak sapi
6 biji tomato
4 butir telur rebus
1/2 tin kecil tomato puree
1/2 kati lobak merah
11/2 paun daging kambing/lembu direbus dengan daun salam dan garam
2 biji bawang besar
1/2 tin susu cair
1 tin kacang peas
1/2 cawan yogurt


Rempah kisar:


2 sudu teh lada sulah
4 ulas bawang putih
2 sudu teh jintan putih
sedikit halia




Caranya
1. Pijarkan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan bahan kisar tadi.
Goreng hingga garing


2. Masukkan tomato, daging, tomato hiris, yogurt dan susu cair. Masak hingga pekat.
3. Masukkan air rebusan daging
4. Masukkan beras
5. Masukkan kacang peas, telur rebus dan lobak merah.
6. Masak sehingga nasi masak.






Ayam Masak Tomato




Bahannya:
Seekur ayam
4 camca besar minyak sapi
1/2 tin susu cair
1 tin kacang peas
5 butir bawang besar
2 tin tomato puree
1/2 kati lobak merah


Caranya:
1. Tumis bawang besar
2. Masukkan tomato puree
3. Masukkan ayam
4. Masukkan tiga gelas air
5. Masukkan lobak merah, susu cair dan akhir sekali kacang peas dan masak hingga pekat.
6. Hidangkan bersama nasi turki tadi.







Resepi Lama ~ Ikan Purnama

Bicara:


"Awak tahu memasak tak?" Terkejut saya dibuatnya apabila ditanya oleh mak saudara sebelah suami saya apabila kami berkunjung ke rumah beliau selepas dua minggu berkahwin.


Makcik Zubaidah atau nama panggilan biasanya  "Mak Ngah Zubaidah" seterusnya menunjukkan beberapa sijil masakan  yang diterima beliau semasa berkursus di Singapura yang digantung rapi pada dinding rumah beliau. Saya hanya mampu tersenyum...he he.


Sejak daripada hari itu, saya akan selalu dibekalkan dengan satu dua resepi koleksi beliau seperti masakan kek dan lauk-pauk. Walaupun anak-anak sudah besar, beliau masih tidak lokek memberi panduan dan resepi koleksi peribadi.




Resepi Koleksi Mak Ngah Zubaidah,



Ikan PURNAMA


2 ekor ikan merah/cermin/kurau/tenggiri - hendaklah digaul dgn dgn kunyit dan garam dan digoreng
2 biji bawang besar
1/2 cawan santan
sedikit bawang  goreng sebagai hiasan
3 - 4 biji tomato
garam secukup rasa


Bahan untuk dikisar:
40 biji bawang merah
15 ulas bawang putih
18 biji lada merah
3 sudu serbuk kunyit
6 sudu makan ketumbar
2 sudu teh jintan putih





Caranya:
1. Goreng bawang terlebih dahulu
2. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi
3. Masukkan tomato
4. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan ikan.
5. Masak hingga pekat kuahnya.


Hias dengan daun salad, tomato, bawang besar dan bawang goreng.



















Thursday, 15 October 2015

Bubur Lambuk

Hari ini tanggal 14 Oktober 2015 .Semua umat islam menyambut awal muharram atau Maal Hijrah.
Oleh kerana semua bercuti hari ini, maka saya mengambil keputusan untuk menyediakan masaķkan nasi bubur lambuk yang ringkas tapi sedap.

Resepinya:
 2 cawan beras
Sedikit hirisan bawang merah dan putih.
1 hirisan halia
Garam
2 sudu besar udang kering direndam dan ditumbuk halus
3/4 cawan santan
Serbuk lada hitam

Basuh beras dan rebus dengan air secukupnya di dalam periuk dengan bawang merah dan bawang putih tadi.
Kacau sekali sekala sehingga menjadi bubur...tambah air masak jika perlu.Masukkan udang kering, halia dan akhir sekali santan.Masukkan sedikit garam dan lada sulah.

Hidangkan bubur dengan ikan bilis goreng, kacang goreng, bawang goreng dan daun sop. Jika suka boleh juga sediakan telor dadar yg dihiris halus.





Tuesday, 13 October 2015

Crunchy Currypuff,Tarts and Puff Pastry

Pada 13 September 2015 ,saya telah mengikuti kelas personal (one to one) bagi membuat crunchy karipap, jem tart tiga jenis dan puff pastri.Best tau!




 kpd yg berminat utk.kelas personal sila WA 0163357790