Monday, 13 April 2020

Udang Masak Semarang

1 kati udang pipih
6 biji buah keras
2 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 1/2 inci halia
3 sudu serbuk kunyit
1 batang serai
2 biji lada merah
2 biji tomato
2 sudu makan sos tomato
1 sudu kicap
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar serbuk roti
Garam, gula, serbuk perasa dan air

Kaedah masak

Udang dibuang muncung dan ekor. Kemudian digaul dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Goreng hingga kuning.

Panaskan kuali yang lain, masukkan minyak 1 cawan dan tumiskan bawang besar yang telah dihiriskan nipis. Kemudian, masukkan buah keras, bawang putih, halia dan serai yang telah ditumbuk lumat.

Bila sudah wangi baunya, masukkan sos tomato cuka, kicap dan air sebanyak 2 cawan. Bila sudah mendidih, masukkan garam, gula, serbuk perasa, lada merah yang telah dihiris dan serbuk roti. Kemudian, apabila sudah likat, masukkan udang yg telah digoreng dan tomato yang telah dihiris.







No comments:

Post a Comment