Monday, 13 April 2020

Roti Poori


Bahan-bahannnya:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
2 sudu besar minyak masak
2 sudu teh gul1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air suam

Cara-cara:
1. Gaul tepung, yis, garam, gula dan minyak masak.
2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit.
3. Gaul  dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
4. Perap 15 minit.
5. Apabila adunan sudah kembang, bulatkan kecil-kecil dan gelek dengan penggelek.
6. Panaskan kuali dan masukkan ke dalam minyak yang sederhana panas dan siram minyak panas ke atas adunan tepung tadi.
7. Angkat dan tos minyak. Sedap dimakan dengan kuah kari atau sardin.


Roti Jala


Bahannya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air atau 2 cawan susu krim.
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Kaedahnya:
1. Masukkan tepung dan air dan gaul.
2, Masukkan telur, garam dan pewarna kuning.
3. Jala di atas kuali yang leper.
4. Tidak perlu diterbalikkan apabila sudah cukup masak.

Sedap dimakan dengan kuah kari atau sardin. Selamat mencuba.




Mee Hailam

1     kati mee
1/2  kati sawi potong besar
1/2 daging rebus, potong nipis
3    ekor udang
1    sotong
      kicap secukup rasa


Cara memasak

1) Tumis bawang putih, rebus mee dan angkat.
2) Tumis bawang putih 4 ulas dan bawang merah 2 ulas,
3) Masukkan air,,sawi,dan sotong,
4) Akhir sekali daging, udang dan aji no moto.

Serunding daging

1    kati daging
1/2 biji kelapa
2    camca serbuk ketumbar
1 camca jintan manis
1 camca jintan putih
2 camca serai
1 isi lengkuas
5 biji bawang merah
1 camca kunyit
1 sudu besar gula
sedikit asam jawa
sedikit minyak
sedikit aji no moto
kelapa parut


Cara memasak

Daging dipotong nipis, rempah2 dan bawang digilis halus, gula pasir, daging dan simpan sebentar. Kemudian, panaskan miyak, masukkan daging, air asam jawa, garam, gula, aji no moto dan kunyit. Apabila daging sudah empok, masukkan kelapa parut dan goreng sampai kering.



Udang Masak Semarang

1 kati udang pipih
6 biji buah keras
2 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 1/2 inci halia
3 sudu serbuk kunyit
1 batang serai
2 biji lada merah
2 biji tomato
2 sudu makan sos tomato
1 sudu kicap
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar serbuk roti
Garam, gula, serbuk perasa dan air

Kaedah masak

Udang dibuang muncung dan ekor. Kemudian digaul dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Goreng hingga kuning.

Panaskan kuali yang lain, masukkan minyak 1 cawan dan tumiskan bawang besar yang telah dihiriskan nipis. Kemudian, masukkan buah keras, bawang putih, halia dan serai yang telah ditumbuk lumat.

Bila sudah wangi baunya, masukkan sos tomato cuka, kicap dan air sebanyak 2 cawan. Bila sudah mendidih, masukkan garam, gula, serbuk perasa, lada merah yang telah dihiris dan serbuk roti. Kemudian, apabila sudah likat, masukkan udang yg telah digoreng dan tomato yang telah dihiris.