Thursday, 6 July 2017

Sup Cendawan dengan Roti Perancis


SUP CENDAWAN

2 botol besar air
500 ml susu segar
2 kiub ayam maggi
1/2 sudu besar lada hitam kisar
1/2 sudu besar parsley kering
1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar butter
garam ikut rasa
1 tin cendawan buang dihiris dadu(air cendawan dibuang)
1 labu bawang besar (bawang bombay)- potong dadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang halus

Cara-caranya:

1. Panaskan butter dalam periuk.
2. Masukkan bawang putih dan bawang bombay dan goreng sehingga kekuningan
3. Masukkan tepung sikit-sikit dan kacau perlahan-lahan sambil kecilkan api sehingga sebati dan masukkan air.
4. Masukkan juga susudan biarkan merenih.
5. Masukkan kiub ayam, parsley, lada hitam dan cendawan butang.
6. Kacau dan biarkan ia merenih dan api hendaklah perlahan.
7. Letak garam secukup rasa.
8. Kacau ikut kepekatan yang dikehendaki.
9. Boleh dihidangkan dengan roti perancis.



Penyediaan ROTI GARLIC
1 buku butter
1- 2 batang roti perancis
5 ulas bawang putih dimayang dan digoreng terlebih dahulu
Sejukkan bawang putih tadi dan blender jadi serbuk
Gaulkan butter tadi dengan serbuk bawang putih, serbuk oregano dan daun parsley
Sapukan pada roti yang telah dipotong dan dibakar sekejap dalam oven.
Hidangkan bersama sup tadi. Selamat mencuba.





No comments:

Post a Comment