Monday, 22 July 2013

Puding Koktel Azizah

Bicara:
 
Resepi ini saya peroleh dari adik ipar saya di Johor Bahru. Puding koktel ini disediakan semasa majlis pertunangan anak saudara pada tahun lepas. Anak-anak amat menggemari puding ini dan mereka yang beriya-iya  meminta saya untuk menyediakan puding ini.
 
 
Resepinya:
 
Bahan-bahan untuk kastard:

1 kotak serbuk agar-agar Nona 
lebih kurang 1 mug tepung kastard + air untuk melarutkan
1 camca esen vanilla
Gula ikut sesedap rasa

Cara buat kastard:
1. Masak agar-agar serbuk Nona ikut cara di kotak
2. Apabila mendidih, masukkan pula gula dan vanilla
3.Setelah gula larut, masukkan pula tepung kastard yang telah dibancuh dgn air tadi.
* Masa masukkan kastard , kena sentiasa kacau adunan itu sehingga pekat, berkilat dan menggelembung (macam meletup-letup).
4. Dah tu padam api dan cepat-cepat tuang dalam bekas sama ada dalam loyang ataupun  dalam bekas agar-agar yang kecil-kecil tu(ikut suka)
* Jangan lupa layang atau pun pun bekas yang digunakan perlu dibasahkan dulu supaya senang nak keluarkan.

Bahan-bahan untuk kuahnya:

1 tin fruit coctail- disejukkan dalam peti sejuk
2 tin susu cair- disejukkan 
lebih kurang 1/2 tin susu pekat
2 camca esen vanilla
2 mug air sejuk

Cara buat kuah:
1. Sediakan 1 bekas besar.
2. Tuangkan susu cair + air + esen vanilla + susu pekat - kacau rata dan rasa manisnya .Kalau kurang manis tambah susu pekat lagi.
3. Kemudian masukkan coctail 
4.Akhir sekali masukkan kastard tadi dalam kuah puding - sejukkan dan makan
 
 
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa......

Friday, 12 July 2013

Sambal Rojak

Bicara:

Apa kata untuk menu berbuka puasa ini , kita cuba sediakan sambal rojak. Biasanya  , sambal rojak  ini biasanya dimakan dengan tahu goreng, timun, nenas, buah papaya dan taugeh celur ikut suka. Ianya mudah disediakan dan tidak perlu dimasak.

Resepinya:

Bahan-bahannya:
1 kg kacang Tanah
lada kering- ikut suka
1 botol kicap manis cap kipas udang
1 kg gula pasir
air masak untuk kisar lada

1. Kacang digoreng/disangai kemudian dikisar separuh halus dan separuh kasar.
2. Masukan ke dalam bekas yang besar.
3. Lada kerng dikisar dengan air masak dan dicampurkan ke dalam bekas kacang.
4. Masukkan gula pasir ke dalam bahan 1 dan 2 tadi- kacau lagi.
5.Campurkan kicap dan kacau. Kalau nampak sambal terlalu pekat, tambahkan air panas dan kacau rata. Cuba rasa kalau agak kurang manis, tambahkan kicap lagi.
6. Sambal rojak sudah boleh dihidangkan bersama tahu goreng, hirisan timun, nenas dan taugeh.



 

Tuesday, 9 July 2013

Kalori oh kalori

Bicara : (Sumber maklumat dari Herbalife)
Emm. Kali ini saya hendak berkongsi maklumat tentang kalori.Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga Adakah badan perlukan kalori?  Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.
Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
 Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

 Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
 Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
 Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
 Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
 Karbohidrat-53g (53g X 4 = 212 Kalori)
 Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
 Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
 Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 280 kalori!
Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
 Lelaki: 2000-2500 kalori
 Wanita: 1600-2000 kalori
Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
 Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.
Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
 Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
 Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
 Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
 Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
 Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
 Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.
Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
 Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?

 Kategori: Kuih Muih
 1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
 2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
 3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
 4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
 5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
 6. Popia basah (satu) = 95 kalori
 7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
 8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
 9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
 10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
 11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

 Kategori: Lauk Pauk
 1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
 2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
 3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
 4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
 5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
 6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
 7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
 8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
 9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
 10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
 11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
 12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
 13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

 Kategori: Makanan Rutin
 1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
 2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
 3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
 4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
 5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
 6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
 7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
 8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
 9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
 10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
 11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
 12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
 13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
 14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

 Kategori: Makanan Segera
 1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
 2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
 3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
 4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
 5. Burger keju (satu) = 425 kalori
 6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
 7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
 8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

 Kategori: Buah-buahan
 1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
 2. Betik (sepotong) = 45 kalori
 3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
 4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
 5. Limau (sebiji) = 42 kalori
 6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
 7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
 8. Epal (sebiji) = 63 kalori
 9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
 10. Mangga (sebiji) = 103 kalori
Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

Monday, 1 July 2013

Sambal Ikan Bilis

Bicara Resepi
:
Sambal Ikan Bilis merupakan masakan yang mudah disediakan. Biasanya sambal ikan bilis ini sedap dimakan bersama nasi lemak , lontong atau dengan roti sahaja. Bahannya mudah didapati dan murah.
Apabila memasak sambal ini, api hendaklah perlahan untuk mendapat kuah sambal yang sedap.
 
Petua: Untuk rasa yang lebih pedas, gunakan cili kering yang bersaiz kecil.
 
 
Resepinya:
1 mangkuk ikan bilis (dibersihkan dan direndam dan tos)
15 - 20  tangkai cili kering (buang bijinya, direbus dan dikisar bersama 2 ulas bawang kecil)
1 biji bawang besar
1 asam keping
1 senduk  minyak masak
sedikit air

Cara:
1.Masukkan satu senduk minyak ke dalam kuali.
2. Apabila panas, masukkan cili yang telah dikisar tadi.
3.Kacau sekejap dan masukkan pula ikan bilis tadi dan asam keping
4. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sehingga naik minyak.(Api hendaklah perlahan)
5. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat dan dikacau lagi.
6. Tutup api dan boleh terus dihidang bersama roti atau nasi lemak.