Tuesday, 9 May 2017

Nasi Lemak



Untuk masak nasi lemak:

Bahan-bahannya
6 cawan beras (beras wangi lagi sedap)
4 cawan santan
4 cawan air
Garam
1 sudu besar halba
2 helai daun pandan
1 inci halia
1 batang serai dititik
3 biji bawang merah (dihiris halus)
Cara memasak
1. Basuh beras
2. Sukat air, santan, garam
3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi (rice cooker)
4. Masak sehingga kering.
5. Buka dan kacau, kalau nampak agak keras simbarkan air panas ke dalam nasi dan tutup balik
6. Ataupun, (Ubah nasi ynag belum masak betul ni ke dalam steamer, kukus sampai nasi masak betu-betul.
7. Hidang

Sambal Tumis Ikan Bilis (Boleh ganti ikan bilis dengan udang hidup atau sotong basah)
Bahan-bahan
1. 10 tangkai Cili kering (ikut pedas)
2. 4 ulas Bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. Sedikit belacan
5. Air asam jawa
6. 1 cawan Santan kelapa ( optional)
7. 1 ulas bawang besar di potong bulat.
8. 100 g. Ikan bilis yang telah digoreng.
9. Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1. Blend cili kering, bawang . bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga lumat.
2. Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali. Minyak masak tu lebih kurang 3 sudu saja.
3. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang di blend tadi.
4. Kacau sehingga campuran cili tadi pecah minyak. (nampak macam berminyak kat dalam kuali tu)
5. Masukkan sedikit air asam jawa (lebik kurang 2 sudu je)
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal tadi
7. Gaul sampai sebati, then masukkan santan kelapa.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
9. Masukkan hirisan bawang besar
10. Didihkan dan angkat.

Wednesday, 3 May 2017

Sayur Goreng Taucu dengan Ikan Goreng


Resepinya
6 - 7 ekor  Ikan selar kecil dibersihkan dan digaul dgn garam dan kunyit dan digoreng dan asingkan serta minyak dikurangkan.
Dlm kuali yg sama tumis sebiji bawang besar yg telah dihiris, 2 ulas bawang putih dihiris halus serta sedikit halia.
Masukkan 3 sudu besar taucu ( saya guna taucu bilal) ..kacau sekejap
Masukkan kacang panjang yg dipotong dan sedikit karot
Akhir sekali masukkan ikan yg digoreng tadi.
Tak perlu letak garam. Selamat mencuba!!

Bicara Resepi:

Lauk ini amat ringkas dibuat tapi amat sedap dan berselara apabila dimakan dengan nasi panas!
Cuba cari ikan yang kecil sikit seperti ikan selar atau ikan kembong.