Thursday, 31 October 2013

Mee Hailam Kota Tinggi

Bicara:
 
Ok untuk resepi terakhir untuk penghujung bulan Oktober ini apa kata kita cuba masakan mee. Resepi mee ini saya dapat daripada isteri anak saudara saya yang bernama Dila di Putrajaya. Kata Dila resepi mee ini adalah dari koleksi ibunya di Kota Tinggi , Johor Bahru. Mudah aje disediakn.
 
 
Resepinya:
 
1 kilo daging
Mee kuning (basuh dahulu dan toskan)
sedikit halia (dihiris halus)
2 sup bunjut
2 biji bawang besar (potong empat)
 
1 ikat daun sawi (cuci dan asingkan batang dan daunnya)
Karot (dipotong biasa)
4 keping fishcake atau bebola ikan (ikut suka) atau udang
 sedikit tepung jagung
Sos cili/sos tomato
 sedikit kicap manis (ikut suka)
lada hitam
 
Caranya:
Rebus daging dengan halia, bawang besar dan sup bunjut. . Rebus sampai empuk. Asingkan dahulu.
 
Apabila hendak makan,

1) Ambil air rebusan bersama sedikit daging dan masukkan dalam kuali
2) Masukkan sedikit sos dan  serbuk lada hitam ..
3) Masukkan fishcake dan udang jika suka
 3) Kemudian masukkan batang sawi dan akhir sekali masukkan mee & sayur sawi.
4) Bancuh tepung jagung sikit dgn air, masukkan sikit2 ikut kepekatan yg anda suka.
5)  Masukkanlah garam.
6) Boleh dihidangkan panas-panas.
 

Friday, 18 October 2013

Daging Goreng Kunyit Qurban

Bicara:

Emm...Alhamdulillah ada stok daging kurban untuk minggu ini. Apa nak masak ye. Tetapi tidaklah memasak berhari-hari daging ni ye. Kena selang-seli dengan ikan dan ayam. Maklum sajelah daging ini tinggi kolesterolnya.

Tips selepas makan sebarang masakan daging , hendaklah minum air yang banyak, ambil sayur dalam kuantiti yang banyak dan diikuti dengan buah-buahan.

Resepi daging goreng kunyit ini saya dapat dari seorang kawan. Dia dapat resepi ini dari seorang tukang masak ketika memasak sempena majlis korban di pejabat baru-baru ini.



Resepinya:

1 kg daging lembu dipotong kecil.
6 sudu besar sos ikan
1/2 botol sos tiram
1 sudu besar serbuk kunyit

1 batang karot dipotong memanjang
5 batang kacang panjang dipotong kecil
2 labu bawang besar

4 sudu besar  minyak untuk menumis


Caranya:

1. Rebus dahulu daging hingga kering air dan empok.
2. Perap daging dengan sos ikan dan sos tiram selama 1/2 jam. Jangan letak garam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging tadi selama 10 minit.
4. Masukkan karot. dan kacang panjang.
5. Masuk bawang besar.
6. Goreng sehingga sayur masak dan terus dihidangkan.

Tuesday, 1 October 2013

Roti Kerca

Bicara Resepi:

"Sempena dah nak raya ni apa kata kita cuba resepi keluarga Scha Alyahya...Hidangan wajib setiap kali raya kata Scha...ok resepi ni sumber dari majalah RASA-Jun 2006...bukan je Scha yang pernah share resepi ni kat majalah..pakcik Scha, Syed Sobrie n Makcik Scha, Azie pun pernah share resepi ni...kira macam resepi keluarga la"  (Terima kasih Puan Hasniza kerana berkongsi resepi ini)


Ni resepinya ye

(Sumber: Resipi keluarga Scha Alyahya - RASA Julai 2006)

Bahan Roti

1/2 kilo tepung gandum
3 biji telur
sedikit garam
air secukupnya
sedikit marjerin

Cara membuatnya:

1. Campurkan bancuhan tepung dengan air, telur dan garam, kisar hingga sebati.
2. Sapukan sedikit marjerin dalam kuali leper dan isikan adunan tadi.
3. Lenggangkan isi adunan dan biar berbentuk seperti lempeng.
4. Setelah masak, angkat dan gulungkan.
5. Gunting dulu sebelum dihidangkan bersama kuah.

Bahan kuah

250gm daging cincang
250ml santan
75gm serbuk rempah daging
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
4cm halia
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
200gm tomato puri
garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:

1. Tumbuk lumat bawang dan halia.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga harum.
3. Masukkan serbuk kari yang dibancuh sedikit air dan santan bersama, kacau hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan daging, tomato puri, garam dan gula secukup rasa.
5. Biarkan hingga masak