Sebut aje meatball, memang kesukaan saya. Sedap dimakan bersama dengan spagetti, roti atau begitu sahaja. Kalau pergi ke Secret Recipe , mesti suka order meatball with spagetti ni.
Seorang mantan staf sepejabat telah sudi berkongsi resipi ini. Terima kasih Kak Alijah. Baru-baru ini sempena "open house" hari raya , saya telah menyediakan hidangan meatball ini.....emmmm licin!
Resepinya:
- 1 kg daging dikisar
- 2 sudu serbuk jintan manis
- 1 sudu serbuk jintan putih
- Telor 1 biji **
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 1 botol cili sos Kimball
- ½ botol tomato sos Kimball
- Mix vege
** Masukan telor sekiranya daging tidak boleh dikepal
Cara Masak :
- Daging dikepal bulat-bulat dan digoreng hingga nampak gelap, jangan terlalu lama nanti keras.
- Tumis bawang putih
- Masukan sos cili dan sos tomato
- Masukan mix vege
- Masukan Meatball
- Masukkan secukup garam dan gula
- Sedia dihidang untuk makan dengan spagetti atau roti.