Tuesday, 19 February 2013

Spaghetti Segera

 Untuk resepi kali ini, tak perlu beli prego atau sos spagheti jenama lain. Boleh buat sendiri.

Bahan-bahan :

Spaghetti
... 5- 6 biji tomato
1/2 daripada 1 tube daging kisar
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
5 sudu besar cili giling
3 bungkus VONO Mushroom Cheese Instant Soup
Daun bawang

Cara-caranya:
Spaghetti dicelur dengan sedikit minyak. Setelah lembut, tos airnya dan letakkan dalam mangkuk.
Untuk buat tomato puree, semua buah tomato dibasuh dan dipotong dadu. Masak dalam periuk dengan sedikit air sehingga
menjadi lembut dan berpuree.

Untuk buat sos, tumis bawang dan cili giling, masukkan daging kisar dan kacau hingga masak, masukkan tomato puree tadi, mushroom instant soup dan sedikit garam. Masak hingga pekat. Boleh dihidangkan bersama spaghetti tadi.
Like · ·

Selamatkah Sayuran Yang Anda Makan?

 Tahukah anda? Anda terdedah dengan bahaya racun serangga atau kulat dan tanpa di sedari anda telah memakan sayur-sayuran yang mengandungi racun serangga dan kulat hampir setiap hari jika tidak diurus dengan betul sayuran yang anda beli.
Kita tidak mengetahui adakah petani mengikut peraturan pada label untuk meracun serangga atau kulat pada tanaman mereka. Semb...uran racun kulat atau serangga perlu dihentikan 14hari sebelum hasil dituai. Pada kebiasaanya, sayuran yang kurang disembur racun serangga adalah kurang cantik.
Bagaimana untuk mengelakkan anda memakan sayuran yang mengandungi racun serangga atau kulat? Semuanya terletak pada tangan anda sendiri semasa membeli sayuran dipasar dan cara menguruskan sayuran sebelum memasak.


Lumrah manusia memang mahukan sesuatu yang cantik, baik dan murah. Jika membeli sayur, ramai yang saya perhatikan memilih sayur yang cantik dan murah. Padahal mereka tidak mengetahui sayuran yang dibeli mengandungi racun serangga dan kulat yang tinggi dan boleh membahayakan kesihatan.
Kesan memakan sayuran yang mengadungi racun serangga dan kulat bukan anda terima dalam sehari terus sakit. Ia memakan masa bertahun-tahun sehinggalah seseorang boleh menghidap kanser, sakit jantung dan pelbagai jenis penyakit lain.
Jika memikirkan perkara ini memang merisaukan kerana sayuran adalah makanan kita setiap hari. Oleh itu, kita perlulah mengambil langkah pencegahan awal dari membeli sayur di pasar supaya kita sekeluarga terhindar dari bahaya racun serangga dan kulat.
Di sini saya ada sediakan sedikit teknik untuk memilih sayuran di pasar dan teknik membasuh sayuran yang hendak di masak.

Teknik Memilih Sayuran Yang Kurang Racun Serangga Atau Kulat
1) Jika membeli sayur jenis daun (sawi, kangkung, bayam dan sebagainya), pilihlah sayur yang daunnya berlubang atau dimakan serangga belalang kerana ia mepunyai kadar racun serangga yang rendah.
2) Bagi sayur jenis buah pula (timun,petola,terung dan sebagainya), pilih buah yang kurang cantik iaitu sedikit bengkok atau tiada salutan debu pada sayuran tersebut. Salutan debu tersebut merupakan sejenis racun kulat.
3) Sayuran jenis kekacang seperti kacang panjang atau buncis, anda pilih kacang yang mempunyai lubang yang ditebuk serangga atau ulat. Beli kacang yang kurang cantik iaitu kurang tegak adalah lebih baik kerana ia kurang racun serangga.


 Awas! Jangan makan terus sayuran yang dibeli, pastikan anda membasuhnya bersih-bersih terlebih dahulu.

Teknik Membersih Sayuran Sebelum Memasak
1) Rendamkan dahulu sayur anda ke dalam bekas berisi air beberapa minit sebelum dipotong kecil supaya lapisan racun kulat dan serangga tanggal.
2) Kemudian, basuh sayur dengan air paip yang mengalir sehingga bersih.
3) Gosok sayur jenis buah supaya salutan racun serangga dan kulat tanggal
4) Sayur boleh dipotong mengikut cita rasa anda.
5) Basuh lagi sekali sayur anda setelah dipotong kecil dengan air yang mengalir dan bolehlah dimasak.

Semoga sedikit info ini dapat memberi kesedaran kepada anda tentang bahaya racun serangga dan kulat yang terdapat pada sayuran yang anda beli. Selepas ini anda bolehlah memilih sayur dengan berhati-hati semasa membeli sayuran di pasar untuk menjamin kesihatan keluarga anda.

Asam Pedas Orang Johor

Bicara:
PERBEZAAN DAN PERSAMAAN EMPAT JENIS ASAM DALAM MASAKANTerdapat empat jenis asam yang digunakan dalam masakan yang mempunyai fungsi yang sama dan berbeza dalam setiap masakan. Ramuan yang dimaksudkan ialah air limau, cuka, asam gelugur dan asam jawa. Fungsi keempat-empat ramuan ini ialah sebagai ejen pemasam dalam masakan. Namun, keempat-empat ramuan ini mempunyai fungsi yang sama hanya dalam beberapa masakan dan berperanan secara tersendiri bagi sesetengah masakan.



Contohnya, kalau kita masak asam pedas ataupun asam rebus, rasa masam kuah tidak boleh datang daripada campuran cuka dan air limau. Mahu tidak mahu ia mesti datang daripada air asam jawa ataupun asam gelugur. Kalau kita nak masak acar, rasa masamnya itu mesti datang daripada cuka dan bukannya limau, asam jawa dan asam gelugur. Kalau kita nak masak tomyam pula, masamnya mesti datang dari air limau, dan bukannya daripada ketiga-tiga asam yang lain. Jelas disini, semuanya mempunyai peranan masing-masing dalam masakan.



Bagaimanapun, peranan dan fungsi pemasam itu boleh digunakan dalam beberapa resipi dan boleh dijadikan sebagai ramuan alternatif. Contohnya sambal kicap. Kalau tak ada limau nipis, limau kasturi ataupun lemon, gunakan cuka ataupun asam jawa pun boleh. Betul tak? Ingin saya bagi contoh-contoh lain bagaimana keempat-empat ramuan ini boleh dijadikan bahan alternative antara satu sama lain dalam beberapa masakan, tetapi jarang sangat dipraktikkan. Antaranya, kalau kita masak sambal cili merah ataupun cili padi, selain menggunakan asam gelugur dan jawa, kita boleh gunakan asam limau ataupun cuka. Ia lebih enak dan tahan lama. Lagi satu, sambal kita tak bertukar warna jika menggunakan ramuan tersebut. Begitu juga jika kita nak masak kari, perahkan limau dan santan. Tak perlu lagi bubuh air asam jawa. Selalunya kalau di luar negeri, rakyat Malaysia yang sukar mendapatkan asam jawa, air perahan lemon digunakan.



Sumber dipetik,
Majalah Resipi
Mei 2006




Resepinya:



Bahan-bahannya:
3 - 4 keping ikan tenggiri atau 3 ekor ikan selar/kembong
(direndam dengan air asam jawa dan garam)

20 -25 cili kering
 (dipotong-potong kecil, direbus sekejap ,dibersihkan secara meramas supaya semua kotoran hilang dan biji dibuang)
3 biji bawang besar
3 - 4 biji bawang putih
1 cm kunyit hidup atau 1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 cm belacan
sedikit garam
3 tangkai daun kesum
6 biji bendir
4 potong sayur asin (jika suka)
2 keping asam gelugor
1 sudu the halba (jika suka)


Caranya:


1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, belacan dan kunyit hidup sehingga hancur.
2. Panaskan satu senduk besar minyak dan masukkan halba dan tumis bahan kisar tadi hingga garing dan naik minyak
3. Masukkan  dua mangkuk air,daun kesum dan asam gelugor dan rebus sebentar baru masukkan ikan
4. Apabila hampir pekat masukkan sayur bendir dan sayur asin(jika ada) dan garam secukup rasa.
5. Jika tiada sayur asin gantikan dengan sebiji tomato dibelah empat.
6. Enak dimakan dengan ayam goreng kunyit, ulam-ulaman   dan nasi panas.

Selamat mencuba!!



 


Like · ·

Monday, 4 February 2013

Cucur Sayur



Bicara resepi:
Ada yang panggil cucur goreng. Ada yang gelarkan cekodok atau jemput-jemput.
Ada yang suka letak ikan bilis/udang atau letakkan sayur sahaja. Ikut selera masing masing.
Apa kata hujung minggu ini , kita buat cucur sayur yang enak dan senang disediakan.

Resepinya:
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
* seikat daun kucai dikerat kecil
  lobak merah dihiris halus(ambil separuh batang}
* 100 g taugeh (jika suka)
satu biji ubi kentang dipotong dadu
1 biji bawang besar. (Dihiris dan digoreng terlebih dahulu sehingga kekuningan dan ketepikan)
* Secubit bikarbonat soda
* Garam secukup rasa
* Secawan air panas dan air sejuk secukupnya.






.Masukkan 2 sudu kecil garam ke dalam secawan air panas kacau sedikit supaya larut. Masukkan kedalam lebih kurang 1 litre air sejuk.

. Dalam sebuah mangkuk, masukkan tepung gandum , tepung jagung dan air tadi. Kacau sehingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair. Masukkan bikarbonat soda kacau rata.
. Akhir sekali masukkan sayur kucai , ubi kentang, lobak merah ,taugeh dan bawang besar yang telah digoreng tadi,  kacau lagi sehingga sebati.

Panaskan minyak dlm kuali. Sendukkan adunan dengan sudu dan goreng sehingga masak.Enak dimakan dengan cili sos.