Monday 25 March 2013

Nasi Daging Utara


Bicara Resepi:

Nasi daging adalah merupakan makanan tradisional dari utara Malaysia. (Kedah dan Perlis). Kalau kawan balik kampong di Kedah,mesti tak lepas peluang minta belikan rempah nasi daging cap bola ni. Selalunya simpan stok lebih sikit sebab kalau ada tetamu datang rumah, mesti suka hidangkan masakan ini sebab mudah dan cepat.Dan ia amat sedap..!! Hidangkan dengan air asam tomato dan acar timun. (Kalau tidak ada rempah ni, jangan risau, rempah kurma pun boleh juga digunakan)
Resepinya:
Penyediaan kuah daging:
Rebus 500 gm daging lembu bersama-sama dengan 1 inci halia, 1 sudu teh lada putih, 1/2 sudu buah pelaga, 1 batang kulit kayu manis dan 2 biji bunga lawan serta 3 ulas bawang putih dihiris halus.Rebus sehingga daging menjadi lembut.setelah sejuk, hiris daging secara memanjang dan ketepikan untuk hiasan nasi daging nanti.


Penyediaan nasinya:
500 gm beras basmati,
2 camca besar ghee (minyak sapi)  atau butter
1/2 bawang besar dipotong halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
2 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1/2 paket rempah daging cap bola (boleh guna 1 sudu besar rempah kurma ADABI)
1.25 ml air daging tadi
2 camca teh garam
1/2 paket tomato puree yg ada dalam rempah cap bola (atau 2 camca besar tomato puree dari mana-mana jenama)


Cara Masak:

1. Basuh beras dan toskan airnya
2. Panaskan periuk besar dan masukkan ghee atau butter, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
3.Masukkan rempah daging cap bola atau rempah kurma, masukkan beras dan tomato puree.
3.Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk nasi dan masukkan air rebusan daging tadi.
4.Setelah nasi masak , kacau dengan garpu dan biarkan seketika selama 1 jam sebelum dihidangkan.
5. Hidang nasi dengan meletakkan beberapa hirisan daging tadi dan hiaslah dengan daun parsli.
6. Hidangkan bersama-sama dengan air asam tomato.



Penyediaan air asam tomato:
1 biji bawang besar (dihiris)
1 camca teh cili padi (dihiris halus)
3 camca besar air perahan limau nipis
1/2 camca teh garam
1 camca besar sos ikan
1- 2 sudu camca besar cuka
1 camca teh halia (dihiris)
2 cawan tomato dipotong dadu
daun parsli untuk hiasan
1. Gaulkan kesemua bawang,air jus limau nipis, garam, gula , cili padi dan sos ikan selama 1 jam,
2. Masukkan tomato tadi, cukupkan rasa dan boleh dihidangkan dengan nasi daging tadi.


Catatan:
Sekiranya tidak ada beras basmati, guna beras biasa pun boleh. Semasa menumis rempah dan bawang , masukkan beras beras yg telah dibasuh dan goreng hingga kering air...baru masukkan air daging tadi. dan masak seperti biasa.












2 comments:

  1. kat kedah kat mana ye ada jual rempah ni?

    ReplyDelete
  2. Rempah ni (Produk Iman) boleh dibeli di PETRONAS Pendang, Kedah.

    ReplyDelete