Monday, 1 July 2013

Rendang Pucuk Ubi

Bicara Resepi:
Rendang pucuk ubi merupakan salah satu masakan tradisional masyarakat Negeri Sembilan.Cara memasaknya agak lama dan memerlukan kesabaran tetapi hasilinya memang sedap! Selain daripada menggunakan pucuk ubi , pucuk maman, pucuk paku pakis juga boleh digunakan.


Resepinya:
Dua ikat pucuk ubi - ambil yang muda, 
Segenggam cili api - dikisar 
2 inci kunyit hidup - dikisar
2 batang serai - dititik
3 cawan santan pekat
2 sudu kerisik (kalau suka)
Segenggam ikan bilis 
2 keping asam gelugur
Garam

1. Kisar cil api, kunyit hidup , ikan bilis dan bawang kecil
2. Dalam kuali (yang tebal sikit), masukkan santan dan bahan kisar tadi  serta serai dan asam
keping, sedikit gula dan sedikit garam. (ikut rasa)
3. Dimasak sehingga naik minyak.
4. Masukkan pucuk ubi kayu tadi.
5. Kacau sehingga kering dan daun bertukar gelap.
6. Angkat dan sedia untuk dimakan.